The Jerusalem PostAmichai Chikli crossed a line by using Aner Shapira's death against his mother - editorialPunchFCCPC shuts Lagos estate firm over property breachInquirerLacson flags P241-B ‘ayuda’ in 2027 budgetDaily MaverickEXPLORE: ‘Nekkid women’ find connection in playing underwater nymphs한겨레청와대 “가석방 없는 무기형 도입, 스토킹 접근금지기간 연장 검토 중”CNN TürkBireysel emeklilikte büyük avantaj! 79 bin TL'ye varan devlet katkısıZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardNa koud begin van de dag, komt de zon er volop bij. Komende nacht opnieuw vorstسكاي نيوز عربيةخيوط جديدة في قضية إنفيديا.. أكثر من عام من الاتصالات السريةSözcüİstanbul'da aslan alarmı... Her yerde aranıyor: Vatandaşlara "evinizden çıkmayın" uyarısı경향신문‘2030 핫플’ 대림미술관의 뜻밖의 선택…김창열부터 피카소까지 한자리서 만난다SportstarNZ vs IND, 1st Test: Mitchell, Phillips deadbat India’s victory charge to earn draw
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Pemimpin sayap PKR cabar BN dedah kadar cukai GST

Translate

Seorang pemimpin PKR mencabar Barisan Nasional (BN) membentangkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mahu diperkenalkan semula seperti diulangi oleh Pengerusinya Zahid Hamidi, semalam.

Ketua Penerangan PKR Melaka Eddiarman Yunos berkata BN juga perlu menjelaskan barangan yang akan dikecualikan daripada cukai itu serta bentuk bantuan kepada golongan terjejas jika benar-benar yakin dengan cadangan berkenaan.

“Kalau BN benar-benar yakin, bentangkan semua itu. Berapa kadarnya? Apa yang dikecualikan?

“Berapa kesan kepada perbelanjaan keluarga? Bagaimana bantuan sampai kepada mereka yang terjejas?” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Zahid yang mengulangi janji memperkenalkan semula GST sekiranya gabungan itu mengambil alih kerajaan persekutuan, ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA semalam.

Eddiarman menyifatkan tawaran itu sebagai tidak selari dengan kebimbangan rakyat yang masih bergelut menampung kos sara hidup, terutama perbelanjaan harian keluarga.

Katanya, walaupun GST mempunyai kelebihan teknikal termasuk mekanisme kredit cukai input yang boleh mengurangkan cukai bertindih dalam rantaian perniagaan, kecekapan kutipan hasil kerajaan tidak boleh menjadi pertimbangan tunggal.

Beliau menegaskan, sebarang perubahan sistem percukaian perlu mengambil kira kemampuan rakyat kerana hasil yang dikutip kerajaan akhirnya datang daripada pengguna yang menanggung cukai berkenaan.

Menurutnya, golongan berpendapatan rendah membelanjakan bahagian lebih besar daripada pendapatan mereka untuk keperluan asas, menyebabkan GST berpotensi memberi beban lebih berat berbanding pendapatan mereka.

Sebagai contoh, katanya, RM100 memberi kesan jauh lebih besar kepada keluarga berpendapatan RM2,000 berbanding keluarga berpendapatan RM20,000, walaupun jumlahnya sama.

Eddiarman turut merujuk penjelasan Kementerian Kewangan pada 29 Okt lalu bahawa kerajaan belum mempertimbangkan pelaksanaan semula GST ketika kos sara hidup masih membebankan rakyat.

Beliau mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) juga mempunyai kelemahan, termasuk risiko cukai bertindih dan kos yang dipindahkan kepada pengguna melalui harga.

Namun, katanya, skopnya lebih terpilih membolehkan kerajaan menentukan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai berdasarkan kemampuan rakyat.

“Rakyat berhak melihat kira-kira yang lengkap sebelum diminta bertepuk tangan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.