The Jerusalem PostMQG demands probe into Netanyahu's reported US aid waiverPunchNJC suspends three judges, disciplines six othersInquirerSC adopts ‘child-friendly’ rules for court testimony한겨레한국언론진흥재단 이사장에 권태선 전 방문진 이사장Daily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Resident Evil — a horror video game adaptation with a wicked sense of humourZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardFani-Kayode, Seyi Tinubu, three others receive Senior Counsel rankEl ComercioSorteo Superior 2903: resultados y premios de Lotería Nacional hoy, viernes 6 de noviembreMyJoyOnlineOpoku-Agyemang calls for prosecution of perpetrators of sex-for-jobs abuseSportstarभारत बनाम नेपाल लाइव स्कोर, अंडर-19 एशिया कप 2026: अंडर-19 भारतीय टीम ने टॉस जीतकर पहले फील्डिंग करने का फैसला किया; ईशान सूद ने नई गेंद से दो विकेट लिए।SözcüHanelere yapılan 72 saatlik acil çağrı engele takıldıThe Sydney Morning HeraldRussell Brand convicted of rape and sexual assault
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Sindiket jual cap imigresen RM70, untung RM15,000 sebulan

Translate

Satu sindiket pemalsuan cap keselamatan Jabatan Imigresen (JIM) dipercayai mampu memperoleh keuntungan sehingga RM15,000 sebulan dengan mengenakan bayaran RM70 hingga RM100 bagi setiap cap palsu.

JIM berkata, sindiket itu terbongkar selepas tiga individu termasuk seorang lelaki tempatan dan dua wanita Thailand ditahan dalam operasi khas di Kajang, dan Pandan Perdana, Kuala Lumpur pada 3 Nov lalu.

“Modus operandi sindiket adalah memalsukan cap keselamatan endosmen imigresen yang dikeluarkan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sindiket itu menyasarkan warga asing yang berada di negara ini tanpa pas sah atau telah tinggal lebih masa khususnya warga Thailand.

Tiga individu termasuk seorang lelaki tempatan dan dua wanita Thailand ditahan dalam operasi khas di Kajang dan Pandan Perdana 3 Nov lalu. (Gambar JIM)

“Sindiket dipercayai mempromosikan perkhidmatan tersebut melalui WhatsApp kepada pelanggan yang ingin mendapatkan cap keselamatan palsu

“Pelanggan hanya perlu menghantar pasport tanpa bersemuka bagi mengelakkan identiti mereka dikesan, selain terdapat kemungkinan sesetengah pelanggan tidak menyedari cap keselamatan yang tertera pada pasport mereka adalah palsu,” katanya.

JIM berkata, operasi dijalankan selepas risikan selama sebulan di dua lokasi kediaman terbabit dan semua yang ditahan berumur antara 40 hingga 45 tahun.

Dalam operasi itu, JIM merampas dua cap keselamatan endosmen pas lawatan palsu, satu cap keselamatan endosmen keluar palsu, kepingan getah cap, dua cap tarikh, lima pad dakwat, enam pasport Thailand, satu pas sempadan Thailand, lima telefon bimbit, dua buku catatan dan kunci premis.

“Seorang lelaki tempatan disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(c), manakala dua wanita Thailand disiasat mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63. Mereka dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.