ESPN DeportesGiannis no quiere que el Heat sea presa de WolvesESPNChampions League talking points: What to make of the Man United messThe Jerusalem Post'Sheep in the Box': A pointless, sweet story of grief, robots - reviewInquirer9 hurt after fire breaks out during Buglasan Festival in Dumaguete한겨레김민석, 유시민에 “금도 지키며 비판했으면 좋겠다”매일경제헤지가 이렇게 중요합니다…석달새 수익률 10% 운명 갈린 해외ETFUOLPichações expõem tensão em colégio cívico-militar do PR após caso de câmera em banheiroZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerDFA to China embassy: Escalatory, undiplomatic posts not helping bilateral ties경향신문이주배경 고교생 4년 새 2배 늘었는데···8개 시·도 한국어학급 ‘0’Daily MailShocking TV show exposes how Brits failed to speak up when shown around a care home... run to NAZI idealsObservador DesportoAs notícias das 2h
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Indonesia kenakan sekatan 32 syarikat terlibat kebakaran hutan

Translate

Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni pada Rabu.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.