InquirerMarcos on socmed ban for minors: No rushESPN DeportesBills se llevan el MNF en L.A. en tiempo extraESPNLanning says Oregon DT won't face discipline for play that hurt IamaleavaDaily MaverickCatholics in US Army must not participate in firing squad, prominent archbishop saysPunch17.9m Nigerians fall into poverty in three years – ReportZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDeadlineEgo Nwodim Reacts To Shane Gillis’ Controversial ‘SNL’ Joke: “Whore Reporting For Duty”SportstarRanji Trophy LIVE score today: Bengal resumes at 304/3 vs Delhi, Lead stretches to 73Antara NewsLocal communities key to tackling forest fires: Thai researcherDaily MailHeartbroken Bryan Cranston shares emotional tribute to on-screen son RJ Mitte as Breaking Bad co-stars mourn actor after his sudden death at 34Lenta.ruНутрициолог перечислил псевдополезные перекусыn-tvGroße Wut nach Derby-Eklat: "Wer mit Sturmhaube im Stadion steht, will keinen Fußball sehen"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Umno perlu ukur badan sendiri, tiada kuasa tawar-menawar di SG4, kata penganalisis

Translate

Umno tidak berada pada kedudukan tawar-menawar yang kuat untuk menuntut satu pertiga kerusi di SG4, malah desakan berterusan dikhuatiri menjejaskan rundingan kerjasama dengan PAS, kata penganalisis.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali berkata, Umno perlu menyedari kekuatan politiknya di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu tidak setanding PAS yang menurutnya mampu menguasai negeri berkenaan tanpa kerjasama parti itu.

Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, kekurangan kerusi di negeri terbabit menyebabkan Umno tidak mempunyai kelebihan untuk membuat tuntutan kerusi yang tinggi terhadap PAS.

“Umno mesti tahu di mana keupayaan mereka. Orang kata, ukur baju di badan sendiri,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, tuntutan satu pertiga kerusi seperti dicadangkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Nur Jazlan Mohamed mungkin sukar diterima PAS, sekali gus berisiko menggagalkan kerjasama kedua-dua parti di SG4.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran tuntutan berkenaan sedangkan Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua 21 kerusi dimenanginya pada PRN Melaka 2021.

Katanya, pendekatan sama turut diambil di Negeri Sembilan apabila Umno mahu mempertahankan kerusi dikuasainya, namun meminta satu pertiga kerusi di negeri yang didominasi PAS.

“Jadi, kenapa di negeri SG4 ini minta satu pertiga? Itu sesuatu yang pada saya PAS mungkin tidak bersetuju,” katanya.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula mengingatkan pemimpin pusat Umno seperti Nur Jazlan tidak mencampuri rundingan Umno negeri dengan PAS yang masih berjalan kerana setiap negeri mempunyai senario politik berbeza.

Beliau berkata, pendekatan Umno Kedah tidak boleh disamakan dengan Melaka walaupun Presiden Zahid Hamidi memberi kuasa penuh kepada kepimpinan negeri untuk mengadakan rundingan.

“Keputusan membenarkan kepimpinan negeri mengendalikan rundingan adalah tepat kerana mengambil kira perbezaan kekuatan dan keadaan politik tempatan.

“Bagaimanapun keputusan akhir mengenai bentuk kerjasama dengan PAS tetap terletak pada MKT Umno,” katanya.

Gesaan Nur Jazlan dikritik Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang memintanya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh meretakkan hubungan kedua-dua parti ketika rundingan masih berjalan.

Daripada empat negeri bawah SG4, Umno hanya mempunyai wakil rakyat di Kelantan iaitu Adun Galas Syahbuddin Hashim dan Adun Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.