CNN TürkFon yasası teklifi bugün Genel Kurul'daThe Jerusalem PostTrump warns US will 'burn' like France if Democrats win at rally in KansasESPN DeportesHorner revela cómo benefició a Verstappen sobre ChecoInquirerLaguna de Bay water level drops to 12.20 meters amid El NiñoPunchChampions League: Bayern face Arsenal test without Olise한겨레모로코, 첫 여성 총리 취임했지만…전 법무장관 “여성이 나라 일 맡으면 안돼”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSky TG24Elon Musk: “Prossimo anno regalerò un'azione SpaceX a ogni ragazzino"Daily MailMoment 'murderer' overtakes car 'before hitting headteacher and dragging him under car for 1.3miles' is shown to courtBBC BusinessJob vacancies fall as small firms cut back on recruitmentynetהערבים שותפים רק כשזקוקים לקולות שלהםسكاي نيوز عربية3000 شركة متضررة من احتجاجات فرنسا
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

Anwar tolak dakwaan menteri terima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli perniagaan, dengan menyifatkannya bermotif politik dan tidak disokong bukti.

Ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Anwar berkata semua dakwaan rasuah perlu disiasat tanpa sebarang pengecualian.

“Dakwaan mengenai RM9.5 juta itu ialah kenyataan politik yang tidak disokong sebarang bukti. Menteri berkenaan sudah menyangkal dakwaan itu dan membawa perkara tersebut ke mahkamah,” katanya.

Anwar turut menegaskan rasuah tidak terhad kepada mana-mana parti politik tertentu.

“Jika ada kes membabitkan ahli PKR, saya tidak akan menggunakan kuasa saya untuk menghentikannya, termasuk kes bekas setiausaha politik saya,” katanya, merujuk kepada Shamsul Iskandar Akin yang menghadapi perbicaraan atas tuduhan rasuah.

Anwar menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai siasatan terhadap kegiatan yang disebut sebagai ‘mafia korporat’ membabitkan ahli perniagaan Victor Chin, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Rosol merujuk dakwaan dalam sebuah podcast bahawa seorang menteri menerima RM9.5 juta untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu berkaitan mafia korporat.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.