InquirerLPA off Palawan to bring rains across parts of PHThe Jerusalem PostEyal Waldman backs Eisenkot, warns Netanyahu win could threaten Israel’s democracy, economyPunchAisha Buhari visits AtikuDaily MaverickPHOTO ESSAY: Johannesburg’s walls are giant canvases for the city’s storiesוואלהבשל סירוב ויזה: אבו מאזן (שוב) לא ישתתף בעצרת האו"ם한겨레‘땅’ 아닌 ‘계획’ 부족… 국내 태양광 잠재량, 2030년 목표 4배Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Abundantia Entertainment and Almighty Motion Picture join hands for Kodaikanal Mercury thriller Heavy MetalSözcüBankaların tuzak kelimesi: Telefonda söylerseniz borçlu çıkarsınızCNN TürkBORSA NEDEN DÜŞTÜ? BİST 100’de sert düşüş | Borsa İstanbul bugün neden düşüyor, son durum ne?The South AfricanTides: High and low tide times as heavy rain hitsObservador DesportoAs notícias das 7hDaily MailPutney Pusher suspect is found dead: Millionaire HSBC banker, 44, and ex-Army captain with links to royalty was under investigation in hunt for jogger who shoved woman into path of bus
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Anggota tentera mengaku tak salah sepak anak berusia 5 tahun

Translate

Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menganiaya dengan menyepak anak bongsu perempuannya berusia lima tahun di sebuah kedai makan, Jumaat lalu

Tertuduh yang berusia 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Ablah, menurut Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menganiaya kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiga bulan di sebuah kedai makan di Jalan Kuala Krai pada 10.55 malam Jumaat lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa adalah anak kandung tertuduh dan kes dianggap serius.

Zuhaidie Akmal pula memohon jaminan minimum ditawarkan memandangkan anak guamnya seorang anggota tentera yang perlu menyara tiga anak serta isteri yang mempunyai penyakit kanser serta buah pinggang kronik.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua bulan, perlu menyerahkan pasport dan tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.