CNN TürkResmen başladı: Karma çalışma yönetmeliğinde neler değişti?PunchMorning recap: Sex workers scramble as anti–HIV jab runs out, Obi, Momodu condemn El-Rufai’s prolonged detention, other top storiesThe Jerusalem PostSaudi coalition says it intercepts Houthi missiles, drones targeting Khamis Mushait, RiyadhESPN DeportesLos Grizzlies cortan al veterano D'Angelo RussellHet Laatste NieuwsRepublikeinen bijten in het zand: Hooggerechtshof wijst nieuwe kiesdistricten Missouri afThe Sydney Morning HeraldAFL grand final LIVE: Dockers rise against champion Lions with a quarter to play after injured skipper declares ‘I’m done’VilaWebOpenAI admet que els seus agents d’IA van accedir indegudament a webs del govern dels Estats UnitsOnet"Niedługo wyślą mnie, bym zabijał. Chcę do domu". Jak ludzie z drugiego końca świata podstępem stają się mięsem armatnim Putina [REPORTAŻ]CNN بالعربيةفيديو يوثق إنقاذ فيل صغير من الغرق في نهر بالهند한겨레‘중국 연안 사정권’…일 자위대, 미일 연합훈련서 공격용 미사일 전개키로SözcüEl Nino'nun 'Godzilla' versiyonu geliyor: En az 450 bin kişi hayatını kaybedecekSky TG24Tra ex-bunker e vecchie stazioni di servizio, viaggio nella Berlino “riqualificata”
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

PBB senarai 214 syarikat sumbang bina penempatan haram Israel di Palestin

Translate

Sekurang-kurangnya 214 syarikat dikenal pasti menyumbang kepada pembinaan penempatan haram di Wilayah Palestin yang diduduki Israel, menurut semakan terkini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sebahagian besar syarikat itu berpangkalan di Israel, manakala lapan lagi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), termasuk Airbnb.

Senarai diterbitkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) untuk Majlis Hak Asasi Manusia itu turut merangkumi syarikat pelancongan AS seperti Expedia, syarikat simen Jerman, Heidelberg Materials serta masing-masing dua syarikat dari China, Perancis dan United Kingdom.

Syarikat berpangkalan di Afrika Selatan, Luxembourg, Belanda, Mexico dan Sepanyol turut tersenarai.

Menurut keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), penempatan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki adalah tidak sah.

Ini kemas kini keempat sejak pangkalan data berkenaan mula diterbitkan pada 2020.

Setahun lalu, senarai itu hanya mengandungi 158 syarikat.

Setakat 2024, OHCHR menerima laporan membabitkan 596 syarikat dan masih meneliti 255 daripadanya.

Dalam setiap kes, pejabat itu menilai sama ada sesebuah syarikat terlibat secara langsung dalam pembinaan penempatan, menjalankan aktiviti di wilayah diduduki bersama pihak lain atau menyumbang kepada pembinaan penempatan melalui produk atau perkhidmatannya.

Penyenaraian dalam pangkalan data itu tidak membawa sebarang akibat khusus.

Negara menyokong penubuhan pangkalan data itu pada 2016 untuk meningkatkan ketelusan, dengan harapan tekanan dapat dikenakan terhadap syarikat terbabit supaya menghentikan aktiviti berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.