CNN Türk2027 JANDARMA UZMAN ERBAŞ ALIMI BAŞVURU | Jandarma personel temin kadro ve kontenjan dağılımı: Başvurular nasıl, nereden yapılır?InquirerFair weather expected in Metro Manila, most of Luzon TuesdayBollywood HungamaShruti Haasan addresses Peddi controversy as she insists she refuses costumes and choreography she is uncomfortable with: “I am okay with being called difficult”PunchNADF supports 8,000 flood-hit Ogun farmers with inputs한겨레‘독성 황무지’ 된 가자지구…면적 99% 뒤덮은 ‘환경 전쟁범죄’The Jerusalem PostLahav 433 police officer fired after being investigated over suspected contact with foreign agentSBS 뉴스'말글 분단 극복' 겨레말작은사전 전자책 무료공개ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüAlihan Kuriş soruşturmasında yeni dalga operasyon! 21 kişi gözaltındaCumhuriyetAKOM'dan İstanbul için yeni uyarı: Sıcaklıklar 3 dereceye kadar düşecekRapplerMarcos appoints Lacanilao as DOTr usec, Noreen San Luis as LTO chiefThe Sydney Morning HeraldMystery surrounds death of man found after Brisbane dog attack
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Sindiket seludup rokok, diesel RM31.6 juta tumpas

Translate

Jabatan Kastam menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan diesel dengan nilai sitaan keseluruhan RM31.6 juta menerusi dua operasi berasingan di perairan Johor.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Sohaimi, berkata dua kapal bersama 16 kru warga Myanmar berumur 25 hingga 53 tahun turut ditahan dalam operasi di perairan Pengerang dan Kukup itu.

Menurutnya, dalam operasi pertama pada 11.40 pagi 21 Okt lalu, sepasukan anggota Operasi Marin Cawangan Penguatkuasaan Kastam Johor Bahru menahan sebuah kapal di perairan Pengerang hasil perkongsian maklumat daripada Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia.

“Pemeriksaan menemui 29.916 juta batang rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam. Rokok ini dianggarkan bernilai RM5.984 juta, manakala duti dan cukai dianggarkan RM21 juta,” katanya pada sidang media di Pangkalan Marin Kastam, Sungai Pulai, di sini.

Beliau berkata, kapal membawa muatan rokok dari Kemboja ke Malaysia itu bersama lapan kru ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam operasi kedua pada 10.20 pagi 2 Nov lalu, sepasukan anggota kastam dari Unit Marin Sungai Pulai menahan sebuah kapal tangki minyak di perairan Kukup yang dalam perjalanan dari Vietnam ke Malaysia.

“Pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa sejumlah besar cecair dipercayai diesel yang disyaki belum lulus kastam. Kapten kapal juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.”

Katanya, sebanyak 569,000 liter diesel bernilai RM1.395 juta dengan duti dan cukai berjumlah RM227,000 disita, manakala kapal bersama lapan kru ditahan.

Jelasnya, dua kapal itu didaftarkan di luar negara, namun butiran lanjut mengenainya masih dalam siasatan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.