וואלה"הדברים הללו שקריים לחלוטין" | תגובת דובר צה"ל באנגלית לסרט "נז"א"CNN Türkİngiltere’de Hull City rüzgarı: Premier Lig'de kalıcı olacağını gösterdiInquirerPCG searches for fisherman after boat found burning off BatangasThe Jerusalem PostIsrael attacks only when attacked - and the Jordanian border is proof - opinionESPNFantasy buzz: Two Panthers? Ashton Jeanty?! The scoring leaders after SNFPunchSouth Korea interim coach denies using ChatGPT to prepare for matchesBollywood HungamaEXCLUSIVE: Anya Singh bags Vikram Bhatt’s 1920: Cold Winter; reunites with Ahan Shetty after Border 2한겨레AI 개발 경고음…영국 국왕, AI기업 경영진과 이번주 회담SözcüPetrol fiyatları çileden çıkardı: Komşuda halk, sokakları yaktıUOLInteligência de Seul investiga se ditador da Coreia do Norte tem um 3º filhoSouth China Morning PostHimalayan ‘glacier bankruptcy’ threatens water security for 2 billion in AsiaSky TG24Amazon sospende voli società che gestiva cargo precipitato a Miami
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 14, 2026

Himpunan mega jangan sekadar Umno dan PAS, kata Pejuang

Translate

Parti Pejuang menyambut baik cadangan Umno dan PAS untuk menganjurkan Himpunan Sejuta Umat, namun menegaskan bahawa perhimpunan tersebut tidak seharusnya terhad kepada dua parti Melayu itu sahaja.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata perhimpunan tersebut perlu dibuka kepada semua yang mahu melihat perpaduan Melayu dan Islam dibina semula.

Katanya, orang Melayu sudah terlalu lama berpecah dalam pelbagai wadah politik termasuk Umno, PAS, Pejuang, Wawasan, Bersatu, dan parti-parti lain.

“Sebab itu himpunan sejuta umat ini jangan sekadar jadi himpunan Umno dan PAS. Bukalah pintunya kepada semua yang mahu melihat perpaduan Melayu dan Islam dibina semula.

“Jangan tanya dulu dia ahli parti mana. Jangan tanya siapa kawannya dulu dan siapa lawannya dulu. Kalau setiap kali hendak bersatu kita buka semula buku sengketa lama, sampai bila pun kita tak akan bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata Pemuda parti itu diberi mandat untuk mengerakkan cadangan mengadakan suatu perhimpunan besar-besaran, dengan kerjasama PAS.

Zahid berkata wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno minggu lepas mencadangkan perhimpunan itu, sempena usaha kedua-dua parti untuk menjalin kerjasama politik.

Pejuang adalah parti komponenan Perikatan Nasional yang turut dianggotai PAS dan Bersatu.

Rafique berkata perhimpunan yang menyasarkan sejuta peserta itu adalah besar tetapi angka itu tidak bermakna sekiranya selepas ia selesai orang Melayu kembali mencaci, menjatuhkan dan mengkhianati satu sama lain.

“Kita pernah lihat apa yang berlaku bila orang Melayu bersatu. Kita juga sedang lihat apa yang berlaku bila orang Melayu memilih untuk terus berpecah.

“Kita tak perlu bubarkan semua parti untuk bersatu. Kita hanya perlu setuju bahawa dalam perkara yang melibatkan masa depan bangsa, agama dan negara, kepentingan bersama mesti mengatasi kepentingan parti dan individu,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.