The Jerusalem PostMicrosoft Outlook, Teams, Copilot recovering after global outage lasting over 24 hoursInquirerAmihan no longer affecting PH; easterlies prevailCNN TürkSabah namazı saat kaça kadar kılınır? Güneş doğduktan sonra sabah namazı kılınır mı?PunchMorning recap: Fani-Kayode, South Africa clash, Tinubu aide denies convoy attack, other top storiesSky TG24Stipendi trasparenti negli annunci di lavoro, il confronto tra l'Italia e i Paesi europeiDaily MaverickThe season is now — Time to enact family-law reformTRT HaberSürgünden ölüme: Ahıska TürkleriZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFESPN CricinfoScott, Lyon star as New South Wales secure first win under HaddinCumhuriyetFrederic Dusart'tan İsrail maçı açıklamasıعالم التقنيةسامسونج توسع اختبار One UI 9.5 تمهيدًا لإطلاق جالكسي S27매일경제11세 연하 의사 아내 임신…결혼 7년만에 아빠 되는 주진모
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Calon PH Pengkalan Batu berdepan detik cemas akibat kekeliruan mengundi

Translate

Calon Pakatan Harapan bagi Pengkalan Batu, Jason Tze-Xi Nathan berdepan detik cemas disebabkan kekeliruan ketika mengundi pagi tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam kira-kira 9 pagi tadi, ketika sedang menerima kertas undi sebelum ketua tempat mengundi (KTM) tiba-tiba menghentikan proses itu.

“KTM menghentikan proses itu kerana tidak pasti sama ada calon dibenarkan mengundi atau tidak.

“Menurut KTM, beliau melihat satu mesej dalam sebuah kumpulan yang menyatakan calon tidak boleh mengundi, justeru beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, proses mengundi disambung semula kira-kira dua minit kemudian selepas KTM mendapat pengesahan daripada pegawai atasan.

“Saya tidak menyalahkan petugas berkenaan kerana beliau nampak masih muda dan mungkin pertama kali bertugas sebagai KTM,” katanya yang juga pengundi berdaftar di Pengkalan Batu dan pernah menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi sama.

Tegasnya, kejadian itu bukan disebabkan sebarang pelanggaran peraturan pilihan raya.

Jason berdepan saingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional, Siti Aisyah Mahmood, Goh Han Koon (Parti Bersama Malaysia) dan Norhizam Hassan Baktee (Bersatu).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.