Suspek bunuh Irene Sofiya direman 6 hari lagi

Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, direman enam hari lagi.
Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan sambungan reman ke atas pelajar Tingkatan 4 itu bermula esok sehingga Khamis, selepas tempoh reman pertama bermula 4 Okt berakhir hari ini, lapor Berita Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada 8.30 pagi dengan dikawal anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) IPD Batu Pahat.
Dalam kejadian sekitar 5.30 petang Sabtu lalu, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan di dewan sekolah berkenaan.
Mangsa ditemukan bersama kesan darah kering pada badan, selain lebam dipercayai akibat dipukul. Sebuah pasu pecah turut ditemukan berhampiran mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar mengesahkan punca kematian Irene Sofiya disebabkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di kepala.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.