The Jerusalem PostAmichai Chikli crossed a line by using Aner Shapira's death against his mother - editorialPunchFCCPC shuts Lagos estate firm over property breachInquirerLacson flags P241-B ‘ayuda’ in 2027 budgetDaily MaverickEXPLORE: ‘Nekkid women’ find connection in playing underwater nymphs한겨레청와대 “가석방 없는 무기형 도입, 스토킹 접근금지기간 연장 검토 중”CNN TürkBireysel emeklilikte büyük avantaj! 79 bin TL'ye varan devlet katkısıZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardNa koud begin van de dag, komt de zon er volop bij. Komende nacht opnieuw vorstسكاي نيوز عربيةخيوط جديدة في قضية إنفيديا.. أكثر من عام من الاتصالات السريةSözcüİstanbul'da aslan alarmı... Her yerde aranıyor: Vatandaşlara "evinizden çıkmayın" uyarısı경향신문‘2030 핫플’ 대림미술관의 뜻밖의 선택…김창열부터 피카소까지 한자리서 만난다SportstarNZ vs IND, 1st Test: Mitchell, Phillips deadbat India’s victory charge to earn draw
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Kerajaan dibenar lucut hak RM277,771 dalam akaun ‘tidak aktif’ dikait penipuan

Translate

Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan permohonan kerajaan melucut hak wang berjumlah RM277,771 dalam akaun sebuah syarikat ‘tidak aktif’ yang dikaitkan dengan penipuan dalam talian.

Hakim Lee Kien How @ Johan Lee membenarkan permohonan itu atas alasan kerajaan berjaya membuktikan berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa wang dalam akaun Syafwana Trading merupakan hasil yang mempunyai kaitan dengan penipuan dalam talian.

Mengikut fakta kes, seorang mangsa wanita diperdaya melalui iklan pelaburan palsu di Facebook sehingga memindahkan RM2,348 ke akaun yang didaftarkan atas nama Zarulafzan Zainudin pada 25 Jan 2024.

Pada hari sama, sejumlah RM3,650 dipindahkan daripada akaun Zarulafzan ke akaun lain milik Shazren Hakimi. Daripada akaun Shazren, sebanyak RM3,680 dipindahkan ke Syafwana Trading.

Pemilik berdaftar Syafwana Trading, seorang wanita dan anak perempuannya, berkata mereka telah menghentikan operasi perniagaan sejak 2021.

Bagaimanapun, akaun bank mereka menunjukkan sebaliknya apabila penyata bank merekodkan ‘transaksi aktif dengan aliran yang tinggi’ antara 2023 hingga 2024.

Shazren kemudian mengaku kepada polis bahawa akaunnya merupakan akaun keldai yang disewakannya kepada seorang ‘rakan’ dengan bayaran RM200.

Dalam membenarkan pelucuthakan itu, Lee berkata unsur penipuan dalam kegiatan penipuan dalam talian berkenaan dibuktikan melalui laporan polis yang dibuat pada masa kejadian serta keterangan afidavit.

“Shazren mengakui akaunnya merupakan akaun keldai dan menafikan membeli pakaian mewah daripada Syafwana Trading.

“Invois itu – yang kononnya menunjukkan pembayaran RM3,680 daripada Shazren – merupakan dokumen rekaan untuk menutup kegiatan berkenaan, dengan pendaftaran perniagaan tidak sah serta kesilapan salin dan tampal.”

Lee turut berkata Syafwana Trading gagal memberikan sebarang penjelasan mengenai wang berjumlah RM277,771 dalam akaun berkenaan.

“Tiada lejar, invois pembekal, rekod penghantaran atau pemfailan cukai dikemukakan, selain dokumen yang direka.

“Apabila akaun itu milik sebuah perusahaan yang diakui tidak aktif dan tidak mempunyai sebarang pendapatan sah sejak 2021, tiada baki daripada urus niaga komersial yang sah untuk dipisahkan daripada wang berkenaan.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.