ESPN DeportesPorristas de los Cowboys se sindicalizanESPNFollow live: Rays trim Brewers’ lead on RBI groundoutCNN TürkFon soruşturmasında Geçgel kardeşlerden 5 milyar lira ödemeInquirerTyphoon Rosal to bring rains, gusty winds over BatanesInquirer EntertainmentApl.de.ap says new EP is a ‘shoutout’ to leaders to care for the PhilippinesZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioColliderRyan Murphy’s ‘Glee’ Reboot Officially Taps 2 Fan-Favorites To ReturnUOLLula questiona se Flávio vai apoiar passe livre nos fins de semana e senador diz que simWirtualna PolskaZatrzymanie Piotra W. przed TK. Jest zażalenie na działanie policjiVanguardRemembering Alex Ekwueme amid growing anxiety, security concernsGlobo EsporteSport x Criciúma - Campeonato Brasileiro Série B 2026 - Ao vivo - globoesporte.comDaily MailPrince William proves he's king of the sofa promoting his ecology awards on Graham Norton - as viewers hail 'down to earth' heir for being 'up for a laugh'
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

TuJu mohon maaf kepada pengguna, kerja pemulihan sedang dilaksana

Translate

Pihak pengurusan aplikasi navigasi, Tuju, memohon maaf kepada pengguna yang mengalami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu.

Katanya, Tuju mengambil serius kesulitan yang dialami, serta menghargai pandangan dan teguran pengguna terhadap perkhidmatan Tuju.

“Pasukan teknikal kami sedang melaksanakan kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov,” menurut kenyataan.

“Keutamaan kami adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar serta memenuhi keperluan perjalanan pengguna.”

Katanya, setiap laporan dan maklum balas membantu TuJu mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

“Kami akan memaklumkan perkembangan kerja pemulihan melalui saluran rasmi TuJu. Ketika ini, fungsi lain dalam aplikasi kekal boleh digunakan seperti biasa,” katanya.

Semalam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memohon maaf atas gangguan perkhidmatan TuJu susulan lonjakan jumlah pengguna.

LLM menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan penyedia aplikasi, Prosignal Consortium, untuk mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem dan meningkatkan kapasiti aplikasi bagi menampung pertambahan trafik pengguna.

Penjawat awam dilarang menggunakan Waze susulan keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Kebangsaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian menggalakkan rakyat mempertimbangkan penggunaan TuJu.

Bagaimanapun, pengguna meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mengenai pelbagai isu teknikal termasuk panduan laluan yang tidak tepat, ketiadaan data insiden masa nyata, serta pepijat (bugs) yang menjejaskan pengalaman pengguna.

Kerajaan hari ini mengarahkan LLM dan Prosignal Consortium memberi penjelasan berhubung gangguan teknikal yang dibangkitkan pengguna TuJu.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata kedua-dua pihak perlu mengemukakan penjelasan terperinci mengenai punca sebenar masalah, aspek teknikal, prestasi semasa aplikasi, serta langkah pembetulan yang sedang atau akan dilaksanakan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.