InquirerSimple presentation planned on VP’s wealthESPNThe biggest questions from Week 1: Are the Giants legit? What happened to Dallas' new defense?ESPN DeportesGiants amargan el inicio de Cowboys en el debut del coach Harbaugh en New Yorkוואלהחם מהרגיל: הטמפרטורות ממשיכות לעלות - אך בסוף השבוע צפויה התקררות | התחזיתThe Jerusalem PostIranian leadership divided as hard-liners sabotage negotiations, Khameni still unseen - reportPunch2027: My achievements will speak for me – Benue govInquirer EntertainmentCeline Dion in triumphant return to concert stageCNN TürkTarihi zirve: Borsada kazanç mevduata yaklaştı!SözcüYapay zeka baronlarını korkutan ne? Ciddi açıklamalar peş peşe geldiLenta.ruМост обрушился в российском регионеRapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary electionsEl ComercioEfemérides del 14 de septiembre: ¿Qué pasó en el mundo un día como hoy?
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 14, 2026

Umno Kedah terancam mahu runding hanya dengan PAS, kata penganalisis

Translate

Hasrat Umno Kedah mahu berunding hanya dengan PAS didorong rasa terancam memandangkan gagal menang sebarang kerusi DUN pada PRN lalu, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, berkata Umno cuma berpeluang merebut semula kerusi DUN Bakar Arang dan Sidam yang dimenangi PKR serta Kota Darul Aman dikuasai DAP, jika mengikut prinsip penganugerahan kerusi kepada penyandang.

Menurutnya, tindakan pemimpin Umno memperkecilkan Wawasan sebagai ‘parti kucing’ tidak menafikan hakikat keberadaan parti diketuai Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin direstui kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Wawasan sudah pasti akan menuntut kerusi DUN Kedah, sekurang-kurangnya kerusi dimenangi Bersatu sebelum ini.

“Dalam keghairahan mahu berunding dengan PAS, Umno perlu cermin diri dan sedar kedudukannya di Kedah serta peringkat nasional bahawa ia bukan lagi parti pilihan utama pengundi Melayu. Tidak perlu mendabik dada seolah-olah berhak mendiktasi terma kepada gabungan lain,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), turut melihat Umno dan Wawasan bakal berebut kelompok pengundi sama, iaitu pengundi Melayu bukan penyokong tegar PAS.

“Wawasan tentu mahukan kerusi berkenaan dan memohon keutamaan sebagai rakan komponen PN. Umno pula akan berdepan cabaran besar meyakinkan PAS bagi menyerahkan kerusi, berbanding mengutamakan Wawasan,” katanya.

Menurut Syaza, perkembangan itu berpotensi mencetuskan keretakan baharu dalam PN memandangkan isu agihan kerusi dan pemilihan rakan kerjasama sering menjadi pertikaian utama.

“Jika kita ingat kembali, Muafakat Nasional dulu berpecah disebabkan PAS memilih Bersatu, berbanding Umno. Sekiranya PAS memilih Umno tanpa mengambil kira Wawasan, adakah Wawasan dapat menerima tindakan itu?

“Dilema ini menunjukkan urusan dan dinamik dalaman PN masih jauh daripada selesai,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Abidin dilaporkan menamakan PAS sebagai parti untuk perbincangan kerjasama politik bagi berdepan PRU16, dan menolak ‘parti kucing’ dalam PN.

Shaiful tidak menamakan mana-mana pihak, sebaliknya mengguna pakai istilah digunakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor ketika muktamar tahunan parti itu baru-baru ini, yang menggesa PAS berhenti merendah diri atau mengikut parti baharu ditubuhkan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.