Bollywood HungamaTiger Shroff Shooting Incident: Eknath Shinde visits actor’s residence after gunfire in Juhu; Police launch manhuntInquirerChampi nears PAR but will not affect PH directly on MondayESPNNBA intel: KAT's next deal, expansion's next steps -- and why rival teams are watching OrlandoPunchW’Bank: FG pays N658.9bn to 10.46m poor householdsESPN DeportesRayados sufre ante Pachuca y regresa a zona de Liguilla한겨레츠베덴의 서울시향 4년 “악기 간 이해도 높아져”…내년 시즌은 베토벤ХабрИнцидент за рубли. Как мы научились считать настоящую цену сбоевZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSCMP ChinaHow a US$110 million fishing harbour in Tanzania serves China’s food and security goalsThe Japan Times[Update 2] Report on Unauthorized Access to Group Managed Server and Potential Data LeakDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Tom King's new manipulation beginsהידעןפליטות המתאן מתעשיית הנפט והגז בארה״ב כמעט לא השתנו — למרות ירידה בפליטות ליחידת תפוקה
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

Kerajaan, polis mohon rungkai isu undang-undang dalam saman Anna Jenkins

Translate

Kerajaan dan beberapa pegawai polis memohon Mahkamah Tinggi memutuskan lima persoalan undang-undang melibatkan saman kecuaian difailkan anak lelaki Anna Jenkins, yang rangka mayat ibunya ditemui di tapak pembinaan di Pulau Pinang pada 2020.

Greg Jenkins menuntut ganti rugi daripada polis, pihak berkuasa kerajaan, dan pihak lain, serta perintah mahkamah untuk memaksa pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap kematian ibunya sebagai kes disyaki bunuh.

Dia memfailkan saman itu pada Ogos 2023, dengan peringkat awal menamakan kerajaan, polis, Berjaya Land Development Sdn Bhd, pengurus projeknya Terrence Theseira, dan pekerja landskap Kew Kee Seng sebagai defendan.

Namun, pada 25 Sept 2025, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membatalkan saman kecuaian terhadap Berjaya Land dan Theseira.

Permohonan terbaharu itu bertujuan mendapatkan penentuan awal bagi lima persoalan undang-undang yang menurut baki defendan tersebut boleh menyelesai atau merapatkan isu dipertikai.

Seorang daripada pegawai polis, Azrul Azizan Mat Rawi yang dinamakan sebagai defendan mengesahkan afidavit bagi menyokong permohonan defendan keempat hingga kelapan.

Defendan bergantung kepada Aturan 14A dan Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memohon penentuan persoalan undang-undang berkenaan sebelum perbicaraan penuh berjalan.

Amtara persoalan itu adalah sama ada polis mempunyai tugas untuk berhati-hati terhadap orang hilang atau keluarganya semasa menjalankan siasatan kes kehilangan, dan sama ada siasatan didakwa tidak mencukupi boleh menimbulkan tuntutan kecuaian atau kemungkiran kewajipan statutori.

Mahkamah juga diminta menentukan sama ada kegagalan didakwa itu boleh menyokong tuntutan salah laku, salah guna, atau peninggalan kewajipan dalam jawatan awam.

Persoalan lain adalah sama ada kegagalan mengesan orang hilang, menentukan punca kematian, atau mengenal pasti suspek sudah memadai membuktikan hubungan sebab dan akibat yang diperlukan bagi tuntutan ganti rugi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.