The Jerusalem PostEvery major problem in Middle East caused by Iran's radical Shia clerics, Rubio saysPunchNigeria pays five times more for private external loans — W’BankInquirerSuspect nabbed in Zamboanga drug bust; P680K worth of ‘shabu’ seized한겨레배우 고경표, 면허취소 수준 음주운전…청소차 들이받고 “깊이 반성”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaCo uziemiło samoloty w USA? Trump zabrał głosESPN DeportesEN VIVO: Spurs buscan su undécima victoria seguida ante Warriors sin CurryDeadlineNationwide FAA Ground Stop Lifted; Radar “Instability,” Old System Was Root Of Airspace Shutdown, Transportation Secretary Insists매일경제의대 가려 받은 45만원 상담…추천한 4곳 모두 “지원 자격 없다”CBS NewsFAA lifts nationwide ground stopSportstarArgentina vs Uruguay player ratings — Albiceleste lose first match since retirement of Lionel Messi自由時報遭國民黨封殺 高雄副議長曾俊傑選情告急陳其邁喊搶救
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Siapa penderhaka?

Translate

Minggu ini, buat kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan keputusan mahkamah yang membolehkan seorang banduan, tidak lain tidak bukan, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Banyak perkara yang berlaku dalam episod ini. Dua perkara yang menarik perhatian saya ialah:

  1. Permintaan Peguam Negara Dusuki Mokhtar untuk menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah itu susulan persoalan timbul berhubung dokumen perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mencetuskan pelbagai tanda tanya.
  2. Peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membolehkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Kedua-dua kejadian ini mengundang kemarahan pemimpin Umno terhadap dua individu tersebut, sehinggakan mereka dilabel sebagai ‘penderhaka’.

Sedangkan, kedua-dua keputusan itu dibuat atas dasar amanah dan prinsip. Permintaan penangguhan oleh peguam negara dibuat atas pertimbangan perundangan berikutan persoalan mengenai ketepatan dan implikasi perintah mahkamah, manakala peletakan jawatan Loke pula dibuat atas dasar prinsip dan komitmennya untuk berpegang teguh kepada pendirian disampaikan kepada pengundi yang memberikan kepercayaan kepadanya.

Tidakkah menjaga amanah dan menunaikan janji kepada pengundi itu menjadi satu kewajipan seorang pemimpin?

Sekiranya janji dilanggar atau gagal dilaksanakan, maka adalah wajar untuk seorang pemimpin mengundurkan diri kerana telah gagal menunaikan komitmen asal yang menjadi asas kepercayaan pengundi terhadapnya.

Namun, kedua-dua episod dalam perkembangan isu tahanan rumah Najib ini dilihat dan ditafsirkan melalui kaca mata politik oleh politikus yang dahagakan kuasa.

Apabila sentimen menderhaka ini dimainkan, perkara pertama yang menimbulkan tanda tanya ialah: Tidakkah apa yang berlaku di Negeri Sembilan juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan?

Barisan kepimpinan Umno turut memainkan peranan penting dalam krisis yang menyaksikan usaha untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada awalnya, Menteri Besar Ismail Lasim mendakwa dipaksa untuk menandatangani satu instrumen proklamasi yang menyokong penyingkiran Tuanku Muhriz, sehinggakan beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Namun, kemudian beliau mengubah pendirian dengan menyokong proklamasi tersebut dan mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pengganti.

Persoalan itu masih belum dijawab. Adakah benar beliau dipaksa menandatanganinya, dan jika benar, oleh siapa? Atau adakah ia sekadar salah komunikasi antara kepimpinan Umno?

Apakah ‘penderhakaan’ itu dibenarkan jika ia dilakukan oleh Umno?

Apa jua jawapannya, yang pasti ialah Umno tidak layak menuduh pihak lain sebagai penderhaka apabila kepimpinan parti itu sendiri terlibat secara langsung dalam krisis Negeri Sembilan.

Persoalan kedua pula, tidakkah ironis untuk Umno melabel mereka yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tahanan rumah Najib sebagai penderhaka, sedangkan pada masa sama Umno menjunjung seorang banduan yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah?

Umno memutuskan untuk mengutip derma sebanyak RM50 juta bagi membayar denda Najib, sementara calonnya di Melaka pula memohon peruntukan sebanyak RM700,000 untuk menaik taraf Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah di Kampung Duyong.

Sudahlah rakyat terpaksa menanggung kesan daripada skandal 1MDB yang melibatkan kerugian berbilion ringgit kepada negara, kini dana sebanyak RM50 juta pula dikumpulkan untuk membayar denda dikenakan terhadap bekas presidennya bagi memenuhi salah satu syarat pengampunan bersyarat.

Dari sini, kita dapat melihat bahawa Umno lebih mengutamakan pembebasan bekas presidennya berbanding menggunakan tenaga dan sumber yang sama untuk kepentingan rakyat.

Jadi, siapa sebenarnya penderhaka? Adakah mereka yang berpegang pada undang-undang dan menunaikan janji kepada pengundi, atau mereka yang berlindung di sebalik institusi raja dan sentimen kaum demi mempertahankan seorang banduan?

Derhaka bukan sekadar menentang seseorang individu. Ia juga boleh bermaksud mengkhianati amanah. Dan amanah terbesar seorang pemimpin adalah kepada rakyat yang mengangkatnya, bukan kepada bekas presiden parti yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Selagi Umno lebih sibuk melabel orang lain daripada bermuhasabah, rakyat akan terus menilai. Dan penilaian rakyat, akhirnya akan dibuat di peti undi.

Penulis ialah wartawan FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.