ESPN DeportesYanks: Judge recibe inyección; duda para playoffsInquirerDefense, prosecution to present oral arguments on voting thresholdDaily MaverickGOING FOR A SONG OP-ED: AI and the future of creativity — can artists’ histories travel with their work?The Jerusalem PostErdogan calls Gaza suffering 'most embarrassing concentration camp' in UNGA speechPunchAnambra flood: Pupil missing as police rescue nine한겨레2연패 도전 여자 배드민턴, 안세영 승리에도 일본에 막혀 단체전 ‘동’SözcüTrafikte görünen H işaretli trafik levhası kafa karıştırıyor: Çoğu sürücü anlamını bilmiyorCNN TürkMenderes Belediyesi'ne ikinci dalga operasyon: 9 gözaltı경향신문용수 상수도 활용·전력망 지중화··· “호남 반도체 팹 2기 2028년 착공 목표”Het Laatste NieuwsDroomtransfer met een valse start: waarom de interlandbreak op het ideale moment komt voor Nathan De CatDaily MailAndy Burnham wobbles on Chagos as Trump hits out at 'terrible and ridiculous deal' during their first-ever meetingSportstarAsian Games 2026 Day 5, Live Updates: India wins bronze medals in skeet shooting; Mirabai Chanu confirms weightlifting medal; India takes on China in men's badminton
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Fadhli persoal lawatan rasmi Loke ke China

Translate

Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook yang masih meneruskan program rasmi ke China termasuk menghadiri mesyuarat peringkat menteri walaupun sudah mengumumkan pelewatan jawatan dalam kerajaan.

Fadhli berkata, walaupun dari sudut undang-undang, Loke masih menteri kerana peletakan jawatan belum berkuat kuasa tetapi dari sudut tatakelola, ia mengundang persoalan.

Katanya, apabila seorang menteri sudah mengumumkan mahu berundur atas dasar prinsip, sewajarnya tindakan selepas itu turut menggambarkan bahawa beliau sedang menuju pintu keluar.

“Memang Loke belum menjadi ‘caretaker minister’ dalam pengertian undang- undang. Tetapi dari sudut tatakelola, semangatnya patut hampir sama, iaitu lebih berhati hati menggunakan kuasa selepas mengumumkan mahu berundur.

“Lagi besar sesuatu keputusan atau komitmen, lagi tinggi tahap berhati hati yang sepatutnya diamalkan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan berkata Loke dan rakan sejawatannya dari China, Liu Wei, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mewujudkan kerangka kerja kerjasama dua hala merangkumi pengangkutan darat, rel, maritim, dan udara, serta sektor logistik.

Fadhli berkata, nampak ‘pelik’ apabila Loke masih meneruskan jadual menteri seperti biasa termasuk menggadakan mesyuarat, pertemuan dua hala dan menandatangani MoU walaupun sudah buat pengumunan untuk letak jawatan.

“Kemudian selepas selesai semuanya, barulah hendak menguruskan soal peletakan jawatan. Jadi, bila sebenarnya proses ‘berhenti’ itu bermula?” soalnya.

Beliau juga menggesa Loke menyerahkan semua urusan besar kepada pengganti dan pastikan peralihan berjalan dengan teratur.

Loke, yang juga setiausaha agung DAP pada Sabtu mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri susulan pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Kementerian sebelum ini berkata, selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Loke akan kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatannya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.