CNN TürkTarihte bir ilk: Harvard’ın ilk Türk dekanı olduPunchFG, Niger Basin Authority push for faster water projectsThe Jerusalem PostHind Rajab Foundation asks ICC to investigate Israeli doctors over alleged Sde Teiman tortureInquirerBohol poverty incidence down 39.2 points in 25 yearsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFColliderQuentin Tarantino Hated This James Bond Classic, but It's Officially Streaming on Prime VideoUOLAcordo de Trump e Putin sobre combustíveis atropela sanções e volta a expor vulnerabilidade da EuropaStraits Times SportDavid Puig leaves LIV as Bryson DeChambeau reportedly eyes Europe startsسكاي نيوز عربيةكيماوي الجيش السوداني وتدخلات الخارج على الطاولة الإفريقيةMyJoyOnlineLivestream: Newsfile discusses World Cup visa scandal, beach demolitions, education strikes, BRICS bidESPN CricinfoSaleem bags four as Afghanistan bowl Bangladesh out for 346VilaWebNou matí amb problemes a Rodalia: un robatori de cable entre Mollet i Montmeló causa incidències en quatre línies
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Usaha martabat bahasa Melayu perlu seiring teknologi, kata Ismail Sabri

Translate

Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu disesuaikan dengan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan bukannya sekadar bergantung kepada nostalgia lalu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menurut bekas perdana menteri itu, bahasa Melayu mesti hadir dalam ruang teknologi yang membentuk kehidupan manusia masa kini agar ia terus berkembang dan kekal relevan di peringkat global.

Katanya, jika masyarakat mahu bahasa Melayu terus mempunyai tempat pada masa hadapan, pembangunan korpus bahasa, pangkalan data digital, dan teknologi pemprosesan bahasa yang berupaya memahami bahasa Melayu dengan baik perlu disegerakan.

“Bahasa yang hidup ialah bahasa yang berkembang bersama masyarakatnya. Oleh itu, bahasa Melayu perlu terus diperkaya dengan istilah baharu, karya baharu dan pemikiran baharu supaya mampu menjawab perubahan dalam kehidupan manusia.

“Dalam bidang sains dan teknologi misalnya, perkembangan kecerdasan buatan, bioteknologi, ekonomi digital dan teknologi maklumat memerlukan istilah, bahan rujukan serta kandungan ilmiah yang mampu memperkayakan bahasa kita,” katanya ketika merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) Kali Ke-5 di Kuala Lumpur.

Tambahnya, pemeliharaan bahasa Melayu perlu bermula dari rumah dan sistem pendidikan bagi membina keyakinan generasi muda terhadap nilai serta keindahan bahasa berkenaan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kekuatan rantau Nusantara seperti kerjasama antara Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura perlu dimanfaatkan.

Katanya, jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, penerbitan, serta platform digital membolehkan karya dan pemikiran tempatan diketengahkan ke peringkat dunia.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha memartabatkan bahasa Melayu tidak bermakna menutup pintu kepada bahasa asing.

“Penguasaan bahasa asing juga penting. Memartabatkan bahasa Melayu tidak bermaksud kita menolak bahasa lain, kerana keterbukaan kepada bahasa dan ilmu dunia akan memberikan kita lebih banyak ruang untuk memperkenalkan bahasa serta budaya sendiri.

“Kita mahu generasi yang kukuh jati dirinya dalam bahasa Melayu, tetapi pada masa yang sama mampu berkomunikasi dan bersaing dalam masyarakat antarabangsa,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.