InquirerHybrid rice seeds bring bumper harvests for Agusan del Sur farmersDaily MaverickUganda imposes 21-day quarantine on citizens returning from CongoESPN DeportesCruz Azul acaricia la Liguilla tras gran triunfo en QuerétaroESPNSeahawks dominate to hand Chiefs first loss of seasonThe Jerusalem PostBolsonaro refuses to concede, says he will seek annulment of Brazil voteGIGAZINE皮膚がんの見分け勝負で最新の汎用AIが10年前のAIに敗北ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioAntara NewsGovt prepares scheme for MSME involvement in free meal programThe Sydney Morning HeraldDickson wows America with AFL-style puntSözcüFlavio Bolsonaro seçim sonuçlarını tanımadı: İptal talep edecekABC News (Australia)Second death increases call for action on health system in 'crisis'El ComercioTemblor en Perú: últimos sismos reportados este lunes 26 de octubre
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Isu ‘sakau’ jejas persepsi pengundi, belum tentu BN ditolak, kata penganalisis

Translate

Isu ‘sakau’ dijangka terus membayangi Barisan Nasional (BN) sepanjang PRN Melaka dan boleh menjejaskan persepsi sebahagian pengundi, namun belum tentu cukup menyebabkan gabungan itu ditolak secara menyeluruh, kata penganalisis politik.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata isu berkenaan boleh mengalihkan sebahagian sokongan kepada Pakatan Harapan (PH), tetapi perubahan itu tidak berlaku secara automatik.

Namun Zaharuddin berkata Umno tidak seharusnya terlalu bimbang dengan serangan berkaitan isu “sakau”, sebaliknya perlu mengambil pendekatan lebih terbuka dengan mengakui kelemahan pentadbiran lalu serta menampilkan kepimpinan lebih bersih.

“Umno tidak perlu membuktikan semua pemimpinnya suci, sebaliknya perlu menunjukkan sistem parti itu tidak lagi membenarkan sesiapa menjadi kebal.

“Itulah reformasi sebenar,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata isu ‘sakau’ akan lebih kerap dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen PRN Melaka, sambil mengingatkan jentera parti supaya bersedia menjawab dakwaan itu.

Isu sakau sering dikaitkan dengan pentadbiran BN dengan dakwaan amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata peluang sesebuah parti tidak boleh dinilai berdasarkan sentimen dan tuduhan semata-mata kerana pengundi turut mengambil kira rekod pentadbiran, keberkesanan perkhidmatan, kepimpinan tempatan serta keupayaan memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya, BN mempunyai kelebihan dari segi pengalaman mentadbir, jaringan akar umbi dan kesinambungan pembangunan negeri, manakala persoalan berkaitan integriti bukan isu yang hanya dikaitkan dengan satu parti.

“Tuduhan terhadap individu daripada parti berbeza perlu dinilai secara adil berdasarkan fakta, bukti dan proses undang-undang, bukannya sekadar persepsi politik.

“Justeru, isu itu belum tentu menjadi faktor penentu keputusan PRN Melaka,” katanya.

PRN Melaka akan berlangsung pada 14 Nov dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.