Bollywood HungamaSalman Khan returns in an action-packed avatar In Maatrubhumi: May War Rest In Peace, trailer out nowPunchUK coroner links school rules to teenager’s suicideThe Jerusalem PostOlympic judo champion Teddy Riner announces bid for French presidencyInquirer‘Evasive,’ conflicting answers test impeachment court’s patienceCNN TürkHegseth'e azil girişimi engellendiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüTuvalet fırçası veya çöp kutusu değil: Evinizdeki en tehlikeli eşya mutfaktan-tvJunge trifft es besonders hart: Immer mehr Akademiker sind arbeitslos경향신문“수소트램 재검토 해야”···대전지역 시민사회단체 대책위 구성Wirtualna PolskaBulwersujące nagrania po ataku w Krakowie. TikTok reagujeLa NaciónLa historia del joven que emocionó a León XIV en la vigilia en Palermo: “Empecé a drogarme para no sentirme solo”CNN بالعربيةإيران.. رواج فيديو "مدينة صاروخية" تحت الأرض يكشفه الحرس الثوري
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

Murid patah kaki dihempas guru Kafa dapat ganti rugi RM30,000

Translate

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan bayaran ganti rugi RM30,000 kepada seorang budak lelaki sembilan tahun yang patah kaki selepas mendapati guru al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menghempas mangsa atas kerusi di kelas.

Hakim Yusrin Faidz Yusoff turut memutuskan bahawa Yayasan Islam Terengganu turut bertanggungjawab secara vikarius terhadap tindakan pekerjanya, Ahmad Mursyidin Abdullah.

Dalam alasan penghakimannya, Yusrin membenarkan rayuan kanak-kanak itu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini menolak tuntutannya berhubung kejadian pada 6 Julai 2022 di SK Tasek, Marang.

Kanak-kanak itu, yang memfailkan saman melalui ibunya, mendakwa guru berkenaan mengangkatnya sebelum menghempaskannya ke atas kerusi sehingga menyebabkan tulang tibia atau tulang kering kaki kanannya patah.

Pihak defendan menegaskan bahawa kanak-kanak itu terjatuh ketika bermain di dalam kelas dan guru berkenaan hanya mengangkatnya lalu meletakkannya di atas kerusi.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi mendapati Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila menolak keterangan dua saksi kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu dan memberi keterangan bahawa mereka melihat guru berkenaan menghempaskan mangsa ke atas kerusi.

Yusrin berkata, dakwaan bahawa saksi-saksi itu dilatih atau dipengaruhi oleh ibu kanak-kanak berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada mereka semasa pemeriksaan balas.

“Mahkamah tidak boleh menolak keterangan semata-mata berdasarkan syak wasangka bahawa seseorang saksi mungkin telah dipengaruhi tanpa bukti jelas dan kukuh yang menyokong dakwaan sedemikian,” katanya.

Beliau turut menyalahkan Mahkamah Sesyen kerana menolak keterangan pakar ortopedik bahawa kecederaan itu konsisten dengan kesan hentaman atau pukulan.

“Hakim bicara bukan pakar perubatan dan tidak mempunyai kelayakan untuk mentafsir bahan rujukan perubatan atau membuat kesimpulannya sendiri mengenai mekanisme kecederaan,” katanya.

Yusrin mendapati guru berkenaan bertanggungjawab terutamanya atas perbuatan serangan dan sentuhan salah, atau sebagai alternatif, kecuaian.

Beliau menambah bahawa perbuatan salah itu mempunyai kaitan yang mencukupi dengan tugas pengajaran dan tanggungjawab disiplin guru berkenaan untuk mewujudkan liabiliti vikarius majikannya.

Bagaimanapun, beliau menolak pemberian ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan kerana mendapati tiada bukti mencukupi mengenai niat jahat, penindasan atau keadaan lain yang mewajarkan pemberian ganti rugi sedemikian.

Defendan turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM17,000, dengan faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi, yang dikira dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh.

Mahkamah memerintahkan supaya wang cagaran kos sebanyak RM10,000 yang didepositkan plaintif dipulangkan.

Pihak defendan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Peguam Rafaei Adnan, Hazwan Hamidun dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam mewakili kanak-kanak itu, manakala Saiffuddin Othman dan Yuhana Junaidi mewakili guru berkenaan serta Yayasan Islam Terengganu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.