The Jerusalem PostTrump: Iran exploring chemical, biological weapons, vows to 'wipe them out' if DC plot carried outPunchIG urged to curb election-related violence한겨레장동혁, ‘조작 징계’ 말 나오자 회의 끝내…“대여 투쟁 집중 공감대”InquirerAeta, farmers face displacement over Pax Silica hub – HRWZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaChwila szczerości Trumpa ws. wojny w Ukrainie. "Zarabiamy mnóstwo pieniędzy"سكاي نيوز عربيةعقار تجريبي يستهدف سرطان البروستاتا المتقدم경향신문젠슨 황 없는 엔비디아 전사회의, 임시 CEO “혁신 향한 열정 변하지 않을 것”Daily MailAs zoo welcomes latest arrival who doesn't look like mum and dad yet... do you nose what species this seven-stone baby is?Free Malaysia TodayN. Korea’s Kim inspects work sites, university amid overseas travel speculationSoompi“Physical: Asia” Confirms Plans For Season 2Khaosod EnglishAnutin meets Putin in China, pushes Thailand–EAEU free trade deal
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Pentadbir, guru diberi pelepasan tugas sementara berkait pelajar maut di sekolah

Translate

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau memandang serius kejadian tersebut dan telah mengarahkan KPM memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

“Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Semoga keluarga mangsa terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook lewat malam tadi.

Beliau berkata perbincangan telah diadakan dengan pihak berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh juga telah ke lokasi bagi menyelaras tindakan segera.

Menurutnya, kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan kejadian disahkan berfungsi dengan baik dan rakamannya telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Fadhlina berkata beberapa pentadbir dan guru sekolah berkenaan telah diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan.

“Saya turut mengarahkan Jemaah Nazir hadir ke sekolah esok (hari ini) untuk meneliti aspek pengurusan dan pematuhan tatacara keselamatan.

“Bagi menjaga kesejahteraan warga sekolah, murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan akan dibenarkan pulang pada Jumaat ini,” katanya.

Menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa, Fadhlina berkata bantuan psikososial juga telah diberikan kepada mereka yang terkesan.

Semalam, JPN Perak mengesahkan seorang murid tingkatan tiga ditemukan maut di sebuah sekolah di Perak.

Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Taiping dan dijadual menjalani bedah siasat 9 pagi ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.