CNN TürkO kural esnetildi! 2. eve kredi imkanı...PunchGeorge Washington’s hair sells for $4,000 at auctionThe Jerusalem Post'Through blood and fire': Settlers attack Palestinian property across at least four West Bank sitesSky TG24Sanità, le donne sono il 70% del personale ma solo il 40% è leader. Il rapportoZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioHet Laatste NieuwsTrumps peperdure oorlogsschepen dreigen miljarden meer te kosten dan gepland: Amerikaanse marine kreunt onder oorlog met Iran경향신문멕시코 ‘마약왕’ 엘 차포 이시드로 체포···검거 과정서 11명 사망·곳곳서 방화·총격SportstarSMAT Live Score, Round 5: Vidarbha takes on Gujarat; Kunal Rathod scores century for Rajasthan vs MizoramSözcüMeksika'da kartel operasyonu: 7 silahlı kişi öldürüldü, 4 asker hayatını kaybettiRai NewsTensione nel Baltico, bombe di Mosca e Kiev sulle navi cargo. Attacco di droni su Krasnodar, RussiaGhaflaSifuna Leads November 2026 Presidential Opinion Poll Ahead of Ruto and Matiang’iSouth China Morning PostSouth Korea’s education minister quits amid backlash over anti-cheating exam checks
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

BN serah pelantikan MB kepada pemerintah N Sembilan, kata Zahid

Translate

Barisan Nasional (BN) menyerahkan semua urusan dan kuasa pelantikan menteri besar Negeri Sembilan kepada Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berkata BN dan Umno tidak pernah melanggar perlembagaan negeri dalam perkara berkenaan.

“Kita serahkan kepada Tuanku,” katanya ketika ditanya sama ada BN akan menyokong Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA di sini.

Zahid berharap kemelut politik yang melanda negeri itu dapat diselesaikan bagi membolehkan kerajaan negeri membentang dan meluluskan belanjawan tahun depan.

Belanjawan negeri yang pada asalnya dijadual dibentangkan 16 Okt lalu, kini ditetapkan pada 27 Nov ini selepas sidang Dewan Undangan Negeri dijadualkan bersambung semula 26 Nov ini.

Jumaat lalu, Ismail dilaporkan akan kekal sebagai menteri besar atas arahan Tuanku Muhriz susulan kontroversi berhubung surat peletakan jawatan didakwa tidak pernah dikemukakan atau diberi kebenaran olehnya, menurut Adun Juasseh itu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail telah meletak jawatan dan keesokannya Zahid berkata, peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela.

Ismail menghadap Tuanku Muhriz Jumaat lalu. Selepas pertemuan itu, Istana Negeri Sembilan menjelaskan tidak tepat untuk mendakwa Tuanku Muhriz mahu Ismail kekal sebagai menteri besar memandangkan Ismail sendiri memaklumkan beliau belum meletak jawatan.

Pihak istana turut menyatakan Ismail perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun dan mengemukakan senarai exco untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.

Negeri Sembilan tiada barisan exco sejak 20 Sept lalu, selepas semua 10 anggotanya dilucutkan jawatan kerana didakwa melanggar sumpah jawatan dengan menyokong deklarasi bagi mendesak Tuanku Muhriz melepaskan takhta.

Sepuluh exco itu terdiri daripada lapan wakil BN dan dua wakil Perikatan Nasional.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.