InquirerPangasinan towns revoke class suspensions for Teachers’ DayCNN TürkAvrupa panikte: Dünya ekonomisinin çarkını döndüren dizel alarm veriyorThe Jerusalem PostUS military strike kills four suspected narco-terrorists in Caribbean as campaign toll tops 220Bollywood HungamaJanhvi Kapoor condemns morphed AI video from Devara Part 1 song ‘Chuttumalle’: “Consent, choice and respect for a woman's body should be basic”PunchNew Army formations will strengthen response to insecurity — TinubuESPNBraves steal Game 2 without Sale to even NLDS with DodgersDaily MaverickBOOK EXTRACT: My best friend, ED: Evolution of an eating disorder from childhood into adulthoodESPN DeportesWhittaker domina a Wallace y sobrevive a un cierre caóticoCapital FMGovt activates national response as El Niño rains approach KenyaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioIl Fatto QuotidianoLa forza di un no!, ecco cosa emerge dal report pilota sulle vittime di matrimoni forzatiRTL BoulevardDries Roelvink leeft mee met liefdesverdriet van zoons
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Kemajuan projek LCS lewat 7.55%, menurut LKAN

Translate

Setakat 25 Jun lalu, kelewatan kemajuan projek kapal tempur pesisir (LCS) adalah 7.55% dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari, menurut Jabatan Audit Negara (JAN).

Dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 hari ini, JAN memaklumkan kelewatan itu memberi risiko kepada Physical Hand Over (PHO) terawal LCS 1 yang dijadualkan pada 26 Ogos lalu atau sasaran baharu pada 26 Dis ini.

“Sekiranya PHO dilaksanakan pada kedua-dua tarikh tersebut, LCS 1 akan diserahkan tanpa mencapai keupayaan penuh kerana latihan serta sistem persenjataan belum disempurnakan.

“Kesiapsiagaan penuh projek LCS bergantung kepada Kontrak Pelengkap yang hanya dapat disempurnakan pada Disember 2035, iaitu melangkaui tempoh akhir Kontrak Utama pada 25 April 2030. Kelewatan PHO LCS 1 memberi kesan kepada tempoh PHO LCS 2 hingga LCS 5.”

LKAN 2/206 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2025; Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan; Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

JAN memaklumkan pengauditan dilaksanakan secara interim untuk menilai pengurusan projek LCS dari aspek kemajuan fizikal dan kewangan, pengurusan kontrak serta pembayaran berdasarkan terma kontrak dan peraturan berkuat kuasa.

Pengauditan juga mengambil kira syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melalui Laporan PAC Parlimen bertarikh 9 Okt 2023 supaya JAN melaksanakan pengauditan terhadap projek LCS sebelum penyerahan LCS 1 kepada TLDM serta membentangkan hasil pengauditan itu di Parlimen.

JAN memaklumkan bagi memastikan projek LCS dapat disiapkan dan diserahkan pada tahap kesiapsiagaan ditetapkan, Kementerian Pertahanan disyor menetapkan pelan tindakan pemulihan realistik bagi memastikan semua aktiviti kritikal Kontrak Utama dan Kontrak Pelengkap diselaraskan dengan jadual PHO LCS.

Selain itu, kementerian disyor memastikan sebarang penerimaan kapal secara bersyarat dengan menetapkan obligasi, tempoh penyempurnaan dan tanggungjawab kontraktor jelas sehingga kapal mencapai keupayaan ditetapkan.

Kementerian Pertahanan disyorkan memperkukuh pemantauan kemajuan projek, termasuk penetapan pegawai bertanggungjawab dan tempoh penyelesaian bagi setiap isu kritikal sehingga projek berjaya disempurnakan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.