PunchWike remains an asset to APC, shouldn’t be embarrassed — LawmakerInquirer8 ex-NPA rebels surrender in Northern SamarCNN TürkBORSA NEDEN DÜŞTÜ? BİST 100’de sert düşüş | Borsa İstanbul bugün neden düşüyor, son durum ne?וואלההמשטרה נערכת לדרבי התל אביבי בכדורסל: מאות שוטרים יתפרסו באזור היכל מנורהThe Jerusalem PostJustice Minister allows Shin Bet to decide on security for party leaders after full panel no-showInquirer EntertainmentTeenage fan dies after medical emergency before Stray Kids concert in ArgentinaRTP DesportoLiga Europa. Benfica vence AC Milan de Rúben Amorim por 2-0UOLPeter Max, conhecido pela arte símbolo dos anos 1960, morre aos 88 anosХабрОтказоустойчивость в мультиклауде: архитектура и реальные кейсыObservador DesportoCanadá vai defender aproximação à UE no Parlamento EuropeuThe RegisterJudge orders Microsoft to spill internal docs and scour execs' comms in secondhand licensing caseIl Fatto Quotidiano“Ce l’avete fatta a farmi scendere la lacrimuccia”: Edelfa Chiara Masciotta rompe il silenzio sull’incidente che le ha cambiato la vita con cinque operazioni
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Exco sebulat suara putus proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz, kata MB

Translate

Menteri Besar Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), Selasa lalu.

Beliau berkata setiausaha kerajaan negeri juga telah diminta meneruskan proses mewartakan proklamasi itu mengikut peraturan sedia ada.

“Saya ingin mengesahkan proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan semua ahli exco kerajaan negeri secara sebulat suara pada mesyuarat exco 15 Sept lalu,” katanya kepada pemberita di Negeri Sembilan.

Beliau juga tidak menerima pertanyaan daripada media.

Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.

Menurutnya, proklamasi 19 April ditandatangani serta dicop mohor oleh Undang Luak yang menurutnya sah dan berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan Raja Norazli Raja Nordin hari ini menegaskan keputusan exco negeri itu tidak mempunyai kesan undang-undang kerana perkara itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, perkara berkaitan adat Melayu, termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang Dipertuan Besar serta Undang, terletak dalam bidang kuasanya menurut Perkara XVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Raja Norazli juga berkata pegawai kerajaan negeri tidak dikehendaki bertindak atas arahan untuk menurunkan Tuanku Muhriz dari takhta kerana tindakan sedemikian bertentangan dengan UUTKNS serta ketetapan dewan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.