The Jerusalem PostNetanyahu, Eisenkot must put differences aside to give Israel the government it needs - editorialSky TG24Fattura elettronica 2027, codici e specifiche tecniche: cosa cambia con il Testo Unico IVAInquirerLacson sees double flood works appropriations in 2027 budget한겨레경기주택도시공사, 6.1조 채권 발행 가능해져…택지 개발 탄력ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkGalatasaray, 3 eksikle Aston Villa'yı ağırlıyorBusiness AMBlack Friday is niet het moment waarop je wil vaststellen dat je logistiek faaltDaily MaverickMEMOIR EXCERPT: A Change of Pace — Adriaan Wildschutt’s journey from dirt roads to Olympic trackسكاي نيوز عربيةمفاوضات الليكود وآيزنكوت تتعثر.. هذه أسباب الخلافVarietyIndia Could Post Its Highest Box Office Since the Pandemic, Zee Studios’ Girish Johar Tells WAVES Film Bazaar7sur7Des avions militaires russes ont pénétré dans la zone de défense aérienne sud-coréenneSözcüSon dakika... Kartal Belediyesi'ne "rüşvet" operasyonu... 10 kişi gözaltına alındı
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Pusat data akan dinasihat elak 7 entiti disenarai hitam AS

Translate

Semua pengendali pusat data di Malaysia akan dinasihatkan tidak menyewakan ruang atau menyediakan perkhidmatan kepada tujuh entiti yang disenarai hitam Amerika Syarikat (AS) berhubung kebimbangan berkaitan cip kecerdasan buatan (AI).

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) akan mengeluarkan notis kepada semua pengendali pusat data di negara ini bagi memaklumkan penyenaraian itu.

Dalam kenyataan hari ini, Miti turut menjelaskan hanya dua daripada entiti terbabit merupakan entiti di Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

Katanya, Speedmatrix merupakan anak syarikat milik penuh Megaspeed International Pte Ltd yang diperbadankan di Singapura.

“Sementara itu, berdasarkan rekod Mida, PT Megaspeed International bukan entiti di Malaysia dan bukan pengendali atau penyewa pusat data yang beroperasi di negara ini,” katanya.

Miti menegaskan Malaysia kekal komited terhadap persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berasaskan peraturan serta tidak akan membenarkan negara ini dijadikan saluran untuk memintas kawalan eksport.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Terdahulu, Biro Industri dan Keselamatan (BIS) di bawah Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan peraturan muktamad pada 23 Nov untuk memasukkan tujuh entiti ke dalam senarai sekatan perdagangannya, dikenali sebagai ‘Entity List’.

Tindakan itu susulan kebimbangan ia mungkin terbabit dalam penyaluran peralatan pengkomputeran canggih kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.