InquirerRespect Sagada’s tradition for the dead, tourists toldDaily MaverickUkraine pauses strikes on Russian refineries after pressure from Trump, WSJ reportsESPNWeek 9 has the ACC in the spotlight and backup QBs taking over the Big TenESPN DeportesPackers vuelven a la victoria con triunfo en casaPunchObi faults Tinubu campaign posture, questions capacity to governThe Jerusalem PostBrazil's President Lula won, but its people elected ‘a divided government’ - analysisZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFХабрClaude и Codex составили рейтинги вузов б.СССР по 49 критериям из мира Verilog, FPGA и ASICNew Straits TimesMarquez hits the ground running as injured Martin struggles at SepangLenta.ruНазвана главная причина задержек в поиске пропавших туристовColliderOne of 2026's Biggest Breakout Stars First Stole the Show in This Classic Fantasy GameMalay MailThree Myanmar boys aged 11 and 12 plead not guilty to threatening woman, 71, in Bukit Mertajam with mop, metal rod and stones
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Ukur pembangunan Sabah melalui manfaat, bukan projek siap ‘atas kertas’

Translate

Kejayaan pembangunan Sabah perlu diukur berdasarkan manfaat sebenar kepada rakyat, bukan jumlah peruntukan atau peratus projek siap, kata penganalisis.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata, peruntukan besar perlu disusuli pelaksanaan berkesan dan akauntabiliti terhadap projek lewat atau gagal mencapai matlamat.

“Persoalan sebenar bukan berapa banyak wang diperuntukkan, tetapi berapa banyak masalah rakyat berjaya diselesaikan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud, supaya peningkatan peruntukan diterjemahkan kepada pelaksanaan projek lebih pantas dan berkesan.

Di bawah Belanjawan 2027, Sabah menerima peruntukan RM18.7 bilion manakala Sarawak RM16.2 bilion, masing-masing meningkat RM1.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Zaharuddin mencadangkan laporan pencapaian diterbitkan setiap enam bulan, merangkumi kos sebenar, kemajuan fizikal dan jumlah penerima manfaat.
“Jangan sekadar melaporkan projek sudah 90% siap sedangkan rakyat masih tidak menikmati manfaatnya,” katanya.

Lai Wei Sieng

Lai Wei Sieng.

Lai Wei Sieng daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jalan raya, bekalan air dan elektrik perlu diutamakan kerana kekurangan kemudahan asas meningkatkan kos sara hidup dan perniagaan.

Katanya, pengagihan dana perlu mengambil kira kemiskinan, keluasan kawasan dan kekurangan infrastruktur, dengan kawasan pedalaman yang paling ketinggalan diberi peruntukan per kapita lebih tinggi.

Beliau mencadangkan portal awam memaparkan lokasi projek, nilai kontrak, kontraktor, agensi pelaksana, kemajuan dan penyaluran dana, manakala penduduk pula perlu diberi ruang mengesahkan sama ada kemudahan yang siap benar-benar berfungsi.

Siapa bertanggungjawab jika projek lewat?

Lai berkata, audit prestasi perlu mengenal pasti punca kelewatan, termasuk kegagalan kontraktor, masalah perolehan atau pertindihan bidang kuasa Persekutuan dan negeri.

Beliau juga mencadangkan Jabatan Audit Negara mengetuai audit, manakala Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri memantau kemajuan projek di tapak.

“Kelewatan akibat masalah kelulusan perlu direkodkan dalam penilaian prestasi pegawai bertanggungjawab, sementara penyaluran dana dibuat berdasarkan kemajuan fizikal disahkan jurutera bebas,” katanya.

Zaharuddin pula mahu setiap projek utama mempunyai pegawai bertanggungjawab yang dikenal pasti secara terbuka. Kontraktor yang gagal perlu dikenakan penalti dan boleh disenarai hitam mengikut peraturan.

Katanya, kerajaan persekutuan dan negeri tidak boleh saling menyalahkan apabila projek gagal dilaksanakan.

“Kerajaan persekutuan tidak boleh menjadikan autonomi negeri sebagai alasan melepaskan tanggungjawab. Kerajaan negeri pula tidak boleh menggunakan kegagalan persekutuan sebagai perlindungan daripada kelemahan sendiri,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.