Sekolah di Johor, 4 PPD Selangor ditutup esok akibat jerebu

Sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.
PETALING JAYA:Semua sekolah di Johor dan empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor akan ditutup esok akibat jerebu berterusan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata sekolah di bawah empat PPD itu ialah kawasan Bangsar Pudu, Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana.
Bagaimanapun, katanya, sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak kekal beroperasi seperti biasa.
“Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa,” katanya menurut Berita Harian.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, status pengoperasian sekolah akan ditentukan mengikut pemantauan bacaan indeks pencemaran udara setiap hari.
Katanya, pengarah pendidikan negeri diarah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.
Fadhlina berkata, ibu bapa, penjaga dan guru diminta sentiasa mengikuti maklumat terkini pengoperasian sekolah menerusi platform rasmi KPM dan jabatan berkaitan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.