InquirerAlmost P15M worth of marijuana bricks seized in Ifugao buy-bustPunchOsimhen ranks 5th among CIES’ most valuable strikersThe Jerusalem PostPoland expects to sign $50 billion nuclear plant deal with Westinghouse, Bechtel early next yearLa NaciónLa agenda de la TV del viernes: los octavos del torneo Clausura, el Gran Premio de Las Vegas y el fútbol de EuropaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCBS NewsWhite House national cyber director leaving his post, official saysCNN بالعربيةبالصور.. القضاء الأمريكي يكشف تفاصيل تحقيق واتهام رجل بتمويل داعش عبر عملات رقميةسكاي نيوز عربيةترامب يغير نهجه.. واشنطن تطرح فكرة انضمام أوكرانيا للناتوHet Laatste NieuwsIsraël voert bombardement uit op Bekavallei in oosten van Libanon - Oorlog tegen Iran kostte VS al bijna 44 miljard euroThe Japan TimesFormula One drivers prepare for Las Vegas race with plenty still at stakeBBC BusinessGTA 6 breaks records as sales top $2bn - industry estimateالنهارموسكو تطالب كييف بالتخلي عن الغرب... وصحيفة تكشف مقترح الناتو مقابل أراضٍ
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

SPRM serah warga China diburu, disyaki sogok penguat kuasa

Translate

Seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negaranya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki merasuah pegawai penguat kuasa bagi mengelak tindakan berkait kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Lelaki berusia lingkungan 50-an yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira 9 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber berkata, suspek didakwa memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan supaya tindakan tidak diambil terhadapnya.

“Semakan turut mendapati suspek berada dalam senarai individu dikehendaki National Commission of Supervision of the People’s Republic of China (NCS), selain pasportnya dibatalkan kerajaan China,” katanya.

Susulan itu, SPRM merujuk kes kepada imigresen dan Kedutaan China di Kuala Lumpur sebelum menyerahkan suspek kepada kedutaan tersebut, semalam, untuk tindakan lanjut.

SPRM berkata, penahanan suspek dilaksanakan menerusi kerjasama antarabangsa dengan NCS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.