The Jerusalem PostHouston, we have a problem: NASA chief fires back at Marjorie Taylor Greene's Moon landing denialCNN TürkÇocukların gözü önünde vahşet! Boşanma aşamasındaki eşini öldüren kişi intihara teşebbüs ettiPunchUS military base shooter seeks halt to firing squad executionInquirerShear line, amihan, easterlies to bring rains over PH on Nov. 25한겨레[포토] 각계 시민사회단체 “이재명 정부 개발 중심 정책 중단하라”Inquirer EntertainmentA mother and a wife: Meet Miss Universe 2026 Jennifer BarretoSRF NewsVon Haiti bis Jemen – Die Krise der Entwicklungszusammenarbeit trifft besonders FrauenZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRMF24Nawrocki i Milei ze złotą piłą mechaniczną. Niecodzienne zdjęcie z Buenos Aires3DNewsКитай впервые отправил международный экипаж на орбитальную станцию «Тяньгун» — пакистанца и двух тайконавтовThe Sydney Morning HeraldGreens secure pensioner reprieve, Labor targets private jet owners in last-minute deals7sur7Conditions glissantes sur les routes: une province wallonne en alerte jaune
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Cubaan seludup syabu RM5.19 juta ke Thailand gagal

Translate

Empat ditahan dan lebih 100kg syabu dianggarkan bernilai RM5.19 juta yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand dirampas di perairan Kedah.

Empat lelaki, termasuk seorang warga tempatan dipercayai dalang sindiket ditahan, manakala sebuah bot gentian kaca dan Toyota Hilux dirampas, menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM5.36 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Yusri Hassan Basri, berkata sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dengan sokongan Unit Risikan Marin serta bot peronda mengesan bot mencurigakan kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Sayak, Tanjung Dawai pada 14 Nov lalu.

“Apabila diarah berhenti untuk pemeriksaan, pemandu bot memecut dan melakukan beberapa pergerakan berbahaya bagi mengelak ditahan.

“Bagaimanapun, kita dapat memintas bot itu pada 10.30 malam selepas mengejarnya selama 90 minit dan menahan dua lelaki warga Indonesia,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media di ibu pejabat PPM Wilayah Satu di George Town.

Beliau berkata, lima guni putih mengandungi 100 bungkusan plastik berwarna keemasan yang berisi syabu seberat 103.798kg ditemui.

“Risikan susulan keesokannya membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, yang mana seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan.”

Menurutnya, lelaki tempatan berusia 36 tahun yang mengusahakan kedai runcit dipercayai dalang merancang dan menyelaras penghantaran dadah itu.

Katanya, dadah itu dipercayai diperoleh dari dalam negara sebelum dihantar untuk diedar di negara jiran, dengan suspek dipercayai membayar pengangkut RM12,000 bagi setiap perjalanan.

“Walaupun ketiga-tiga suspek warga Indonesia mempunyai pasport sah, mereka dipercayai mengelak pintu masuk sah untuk menjalankan kegiatan di laut.”

Jelasnya, polis bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah bagi mengesan pembekal, pembiaya serta baki anggota sindiket masih bebas.

Empat suspek berusia 31 hingga 36 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.