PunchDSS denies Atiku’s ADC rally disruption claim, orders probeDaily MaverickWORLD: Keisha Lance Bottoms wins Georgia race, becomes first black woman elected governor of USThe Jerusalem PostUS-Israel ties deserve transparency before elections, not after - editorialInquirerSt. Luke’s Medical Center reports personal data breach한겨레관람객 “안 보인다” 민원에 내실서 쉬지도 못해… 국내 코끼리 22마리의 열악한 삶Inquirer EntertainmentWinwyn Marquez gushes over Mikee Quintos’ resemblance to Alma MorenoCNN TürkCNN TÜRK ABD Temsilcisi Yunus Paksoy: “TRUMP TERSTEN TARİH YAZDI”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaDemokraci odbijają Senat i przejmują pełną kontrolę nad Kongresem. Sensacja w TeksasieBellaNaija“The Legacy Continues”: 2Baba Announces New Album ‘Oldest Young Man’The Hollywood ReporterBen Shapiro Says 2026 Midterms Were “A Wipeout for Republicans”: “The President Was Kind of on the Ballot”NDTVPramila Jayapal To Ro Khanna: How Indian-Origin Faces Are Performing In US Elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Mahkamah tolak permohonan 6 individu termasuk Undang tangguh prosiding komital

Translate

Mahkamah Rayuan menolak permohonan enam individu untuk menggantung prosiding komital terhadap mereka berhubung dakwaan pelanggaran injunksi Mahkamah Tinggi dalam pertikaian berkaitan pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Mereka ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Mubarak Dohak; bekas Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah; bekas Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; dan Syahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid.

Mahkamah berkata prosiding komital itu perlu didengar dengan segera bagi memelihara kewibawaan mahkamah.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Amarjeet Singh yang menyampaikan penghakiman berkata perayu juga gagal datang ke mahkamah dengan tangan yang bersih.

Panel tiga hakim itu dipengerusikan Hakim Alwi Abdul Wahab dan turut dianggotai Hakim Shahnaz Sulaiman.

Pertikaian undang-undang itu bermula pada 5 Mei lalu apabila Mubarak dan lima lagi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan salinan minit mesyuarat khas DKU, yang diadakan pada 17 April lalu.

Antara kandungan minit mesyuarat itu ialah keputusan melucutkan Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.

Pada 5 Jun, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo, khususnya komposisi DKU dan kedudukan Raja Norazli sebagai Setiausahanya, sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai isu bidang kuasa serta sama ada pertikaian itu boleh diadili, dan sehingga perintah selanjutnya dikeluarkan.

Namun, Raja Norazli mendakwa laporan media pada hari sama menunjukkan plaintif, khususnya Maarof, terlibat dalam proses pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sembilan 1959 walaupun perintah injunksi itu masih berkuat kuasa.

Beliau mendakwa tindakan itu dibuat dengan mengetepikan perintah mahkamah.

Susulan dakwaan pelanggaran itu, Raja Norazli dan DKU memohon kebenaran Mahkamah Tinggi memulakan prosiding komital terhadap enam individu berkenaan atas dakwaan menghina mahkamah.

Pada 8 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain mendapati terdapat kes prima facie bagi penghinaan mahkamah dan mengarahkan enam individu itu menjawab dakwaan berkenaan.

Mereka kemudiannya merayu dan memohon penangguhan di bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Amarjeet berkata peringkat kebenaran hanyalah proses awal, manakala pendengaran substantif akan menentukan merit dakwaan berkenaan, termasuk tuntutan kekebalan pemerintah negeri.

Mahkamah turut ambil maklum bahawa perayu memfailkan semakan kehakiman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa mendedahkan kewujudan injunksi atau pemberian kebenaran untuk memulakan prosiding komital.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kedua-dua permohonan itu dan memerintahkan enam individu berkenaan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada kedua-dua responden.

Enam perayu itu diwakili Asmawi Ismail dan Nur Asnani Basharudin, manakala Steven Thiru, Shafrin Halim dan Gurjeevan Singh Sachdev hadir bagi pihak responden.

Shafrin kemudian memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital itu di hadapan Roz Mawar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.