ESPN DeportesYoshinobu Yamamoto intenta dar el sexto triunfo seguido a los DodgersESPNWNBA playoff bracket coming into focus: Dream lock in 4-seed, Liberty are No. 8The Jerusalem PostUkraine transfers two North Korean prisoners of war to South Korea, Zelensky saysInquirerIloilo school cancels classes over ‘security concern’UOLEUA reconhece oito tentativas de suicídio no porta-aviões LincolnPunchFCT truck driver, two others held for vandalising NNPC pipelineالنهارسلاح الفصائل إلى 2027... هل اشترت بغداد الوقت لتفادي الصدام؟ynetתחזית מזג האוויר: טמפרטורות רגילות לעונהLa NaciónRusia puso retenciones cero para el trigo, la cebada y el maíz hasta fin de añoVarietyPaige DeSorbo on Healing From Domestic Violence With Her Pet: ‘Sometimes the Thing That Helps You Feel Safe Again Has Four Paws’SportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 6: India's Roshibina wins wushu silver, Satnam-Salman bag bronze in rowing, Indian quartet qualifies for 4x400m mixed relay final - Scores and NewsThe Sydney Morning HeraldMacau hotel puts ClearVue solar glass tech to the test
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

‘Tekanan politik, niat jahat’ sebab PN digantung, dakwa Takiyuddin

Translate

Perikatan Nasional (PN) sedang mengambil langkah segera menerusi undang-undang susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menggantung gabungan itu, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Beliau turut mendakwa penggantungan itu dibuat pada hari pengumuman dan kuat kuasa pembubaran DUN Melaka bagi membuka laluan kepada PRN dalam waktu terdekat.

“PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, notis dan perintah penggantungan diserahkan kepada PN secara berturut-turut pada 22 dan 23 Sept.

Beliau menjelaskan, JPPM memberi tempoh 30 hari kepada PN untuk menjawab aduan Bersatu berhubung suatu mesyuarat pada 16 Julai lalu.

“PN mengambil maklum keputusan JPPM, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut dan sedang mengambil langkah-langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia demi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangannya,” katanya.

Takiyuddin berkata, PN mengeluarkan perintah larangan berkuat kuasa serta merta kepada mana-mana pihak dari mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi pihak PN, kecuali dibuat Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, PN menyifatkan tindakan dilakukan JPPM merupakan cadangan ‘pembatalan’ selepas pihaknya menerima notis di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966, yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga ‘tarikh yang tidak ditentukan’.

Hari ini, JPPM menafikan PN dibatalkan pendaftarannya sambil menegaskan gabungan tersebut diberi tempoh munasabah menjawab notis bagi menjelaskan aduan dilaporkan Bersatu.

Justeru, semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 Sept sejajar Subseksyen 13(2A) Akta 832.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.