CNN TürkCHP'de "kurultayı kaçırma" kavgasıPunchUS accuses Minnesota lawmaker-elect’s wife of illegal entrySky TG24Partite Iva e collaboratori, allarme Cgil: in pensione a 71 anni e con assegni bassiInquirerVP trial Day 45: Defense to present DTI, FDA, Citem witnesses on Cale88한겨레Korea’s Democrats move to impeach chief justice of Supreme CourtBollywood HungamaMohitt Maalik to play antagonist opposite Tiger Shroff in spiritual action film VajrThe Hollywood ReporterJennifer Lawrence Thinks Her ‘Hunger Games’ Bow and Arrow Prop Was StolenZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFAitnewsرسميًا: ChatGPT Health يدعم Health Connect ووكلاء Dots على أندرويد والحاسوبThe South AfricanSouth Africa’s neighbour to import smartphones duty-freeSözcüDünyanın en iyi peyniri bu ülkede üretiliyor: 45 ülkeyi geride bıraktıThe RegisterSupport tech fixed malware by charging client less for their services
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

Dakwaan penyeludupan dadah libat TUDM perlu tindakan segera

Translate

Kerajaan digesa menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur keselamatan di semua fasiliti ketenteraan susulan penahanan lima pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah.

Ahli Institut Integriti Malaysia (IIM), Lee Lam Thye, berkata kejadian itu bukan sekadar kes penyeludupan dadah kerana menimbulkan persoalan asas mengenai integriti, disiplin dan keberkesanan kawalan keselamatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau menyifatkan dakwaan penggunaan kemudahan pengangkutan udara tentera untuk menyeludup 96.64kg dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta sebagai amat membimbangkan kerana melibatkan mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.

“Dakwaan ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai pemeriksaan kargo, kawalan akses, penyeliaan dan pemantauan. Kawalan keselamatan ini mesti diperkukuh dengan segera bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee juga menggesa siasatan secara menyeluruh, bebas dan telus bagi mengenal pasti keseluruhan sindiket itu termasuk dalang utama, mengesan sumber kewangan dan menentukan penglibatan anggota keselamatan lain.

“Tiada siapa yang harus dilindungi berdasarkan pangkat atau jawatan,” katanya.

Selain itu, Lee menggesa Kementerian Pertahanan dan TUDM melaksanakan semakan integriti dan akauntabiliti segera termasuk memperkukuh pemantauan dalaman, melaksanakan pemeriksaan berkala dan perlindungan pemberi maklumat yang berkesan.

“Kerajaan mesti mengamalkan pendekatan tanpa kompromi terhadap penyeludupan dadah dan rasuah dalam semua agensi keselamatan. Mereka yang didapati bersalah mesti dikenakan tindakan undang-undang sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, Lee berkata tindakan segelintir individu tidak seharusnya menghakis keyakinan awam terhadap ATM kerana sebahagian besar tentera berkhidmat kepada negara dengan penuh profesionalisme dan berdedikasi terhadap tugas.

Semalam, dilaporkan lima pegawai tentera udara ditahan susulan penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang ketika pemeriksaan rutin terhadap bagasi yang akan dimasukkan ke dalam pesawat tentera.

Polis menahan pegawai disyaki terlibat itu selepas mengesahkan bahan yang ditemukan petugas tentera adalah dadah berbahaya.

“Lima bagasi dan sebuah kotak telah disita sebagai bahan bukti,” kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berhubung kejadian pada 17 Nov lalu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.