The Jerusalem PostTel Aviv teams suffer frustrating Euroleague losses as Hapoel falls late, Maccabi blows leadPunchOgunbote rues missed chances after Plateau draw한겨레이부진 아들, 성인 된 뒤 어머니 성으로 변경Daily MaverickAlice Huang in touch with Chinese spy agency during affair with Nvidia CEO, NYTZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문이형일 “증시 변동성 이례적 확대…증안펀드 규모 검토”Daily Mail'Murdered' Ann Widdecombe's estate is for sale: Wine, silverware and portraits of ex-Tory MP among 1,500 items to be auctioned offLenta.ruВ Госдуме объяснили причину введения ГОСТа на блюда русской кухниNew Straits TimesAtletico ease to victory at Getafe to stay on Liga title trailESPN DeportesCeltics y Warriors se ponen al tú por tú en primera mitadSportstarAtalanta vs Inter Milan player ratings — Esposito scores treble but points shared in dramatic 4-4 drawBBC NewsBoy, 7, pulled alive from rubble hours after Russian strike on Ukraine, rescuers say
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Kerusi Dusun Tua: Johan akur sebarang keputusan parti

Translate

Adun Dusun Tua Johan Abd Aziz akur dengan apa jua keputusan kepimpinan Umno berhubung hala tuju politiknya, susulan hasrat DAP Selangor untuk kembali bertanding di kerusi itu pada PRN akan datang.

Johan berkata beliau berdiri teguh bersama keputusan kepimpinan parti dan akan melaksanakan sebarang ketetapan yang dibuat.

“Dalam soal politik dan hala tuju parti, saya berdiri teguh bersama keputusan kepimpinan.

“Apa jua keputusan yang ditetapkan oleh parti, itulah yang akan saya akur dan laksanakan,” katanya di Facebook.

Beliau turut menekankan pembahagian kerusi bagi PRN bukan diputuskan secara sebelah pihak.

“Perkara ini tertakluk kepada perbincangan dan keputusan kepimpinan parti dalam gabungan.”

Semalam, Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han mengumumkan hasrat parti itu untuk kembali bertanding di DUN Dusun Tua pada PRN akan datang selepas memberi laluan kepada Umno pada pilihan raya 2023.

DAP sudah memulakan persiapan dengan melantik Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Adun Balakong Wayne Ong sebagai penyelaras parti di kawasan berkenaan.

Pada PRN Selangor 2023, Johan yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,014 undi.

Pakatan Harapan (PH) dan BN kini bekerjasama dalam kerajaan perpaduan Selangor pimpinan Menteri Besar Amirudin Shari, namun perkembangan politik semasa terutama dalam PRN Negeri Sembilan dan Melaka mungkin mengubah situasi.

Menerusi dua pilihan raya itu, BN dan Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama dengan segelintir pemimpinnya tidak menolak kemungkinan ia bakal diperluaskan sehingga PRU16.

Mengulas lanjut, Johan berkata keutamaannya kini adalah menjaga kebajikan dan kepentingan penduduk Dusun Tua, khususnya menangani masalah banjir yang sekian lama membelenggu kawasan Hulu Langat.

“Saya mahu memastikan setiap usaha yang telah dimulakan dan setiap perancangan yang sedang berjalan dapat diteruskan sehingga mencapai penyelesaian.

“Amanah yang diberikan kepada saya akan dilaksanakan sebaik mungkin sehingga tamat penggal ini,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.