The Jerusalem PostTrump mocks popularity of the name Mohammad, says 'nobody wants to be president' in IranESPN DeportesAtlante arriesga su invicto ante los grandes frente a PumasESPNOdds: Guardians now favored to face Brewers in World SeriesInquirerSevere Tropical Storm ‘Champi’ outside PAR intensifies into a typhoon한겨레이 대통령, 부천 화재 소방관 순직에 “참담한 마음…헌신 깊이 새길 것”UOLTV Cultura transmite debate entre Flávio Bolsonaro e Lula neste domingo (18)ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioTagesschauWie sich Bundespolitiker auf Social Media schlagenThe Sydney Morning HeraldCaulfield Cup 2026Daily MailTeacher, 25, killed in Oregon shooting is identified as family reveal it was her first - and 'dream' - jobLa NaciónResultado de Boca vs. Talleres: quién ganó el partido del Torneo Clausura 2026سكاي نيوز عربيةماكرون يدعو للهدوء قبيل احتجاجات حاشدة في فرنسا
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Polis sedang kenal pasti individu hantar bungkusan mencurigakan ke sekolah

Translate

Polis menggerakkan unit pemusnah bom selepas menerima laporan berhubung bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan atau dihantar di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, polis menerima lima laporan di daerah Nilai dan empat laporan di daerah Tampin.

Bungkusan tersebut dilaporkan berada di kawasan sekolah untuk suatu tempoh sebelum pihak sekolah membuat laporan polis setelah penerima yang tertera pada bungkusan tidak hadir untuk mengambilnya.

Pemeriksaan mendapati tiada bahan letupan atau bahan berbahaya ditemukan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik,” katanya menurut kenyataan.

“Siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar atau meninggalkan bungkusan tersebut serta menentukan motif sebenar kejadian.”

Sementara itu, polis menasihatkan pihak pengurusan sekolah dan orang ramai supaya tidak menyentuh, membuka atau mengalihkan sebarang bungkusan mencurigakan yang tidak diketahui pemilik atau asal usul.

“Sebarang penemuan hendaklah segera dimaklumkan kepada polis untuk tindakan keselamatan selanjutnya,” katanya.

Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat atau mengganggu siasatan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.