InquirerGroups on martial law abuses: Never againוואלהשרי החוץ של ה-G7 קוראים לאיראן: הפסיקו את חימוש החות'ים ואת התמיכה בהםESPNDart's injury hinders Giants as Stafford, Rams pick up MNF winESPN Deportes¿Quiénes son las favoritas al título de la Champions League Femenina?한겨레지방 재원 줄이는 미래대응기금에 TK 모두 반발The Jerusalem PostNetanyahu to only speak at UN during US visit, no meetings with Trump, Musk scheduledCNN TürkALTIN FİYATLARI 22 EYLÜL CANLI | Gram altın ne kadar, çeyrek altın kaç TL? Kapalıçarşı altın fiyatları alış-satış tablosu!SözcüAKP’den manidar SPK paylaşımı: Görev ve yetkileri sıralandıUOLJurista Wálter Maierovitch defende fim das atribuições penais do STFسكاي نيوز عربيةالضوء أثناء النوم يرتبط بارتفاع خطر أمراض القلبThe Sydney Morning HeraldFallout with star leaves NRL with no pre-game entertainment for grand finalEuronewsSaint Pierre and Miquelon: France’s tiny outpost that relies on Canada
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

Jangan ketinggalan dengan penjenayah dalam AI, polis diberitahu

Translate

Seorang pakar kriminologi menyeru polis mempertingkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sejajar perkembangan teknologi dalam jenayah, sambil melihat kemungkinan penjenayah mendahului pihak berkuasa jika bertindak lewat.

P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia, menegaskan sindiket jenayah tidak lagi terikat dengan sempadan fizikal atau bergantung kepada saluran komunikasi tradisional dan penipuan konvensional.

Beliau berkata, mereka kini menggunakan platform digital, komunikasi penyulitan, dan teknologi seperti ‘deepfake’, yang dibantu kebolehcapaian AI yang semakin meningkat.

“Bagi pasukan polis, perkara itu merupakan cabaran serius dan juga peluang besar. Penjenayah mampu mengeksploitasi teknologi lebih pantas daripada keupayaan sistem kepolisan tradisional.

“Pada masa sama, AI boleh memberikan pasukan polis keupayaan luar biasa yang belum pernah ada sebelum ini untuk mengesan corak, mengaitkan maklumat, menjangka ancaman, menyiasat kes rumit, dan mengagihkan sumber dengan lebih bijak,” katanya kepada FMT.

Sundramoorthy menyeru polis beralih ke arah kepolisan berasaskan risikan dibantu AI dengan mencadangkan penubuhan pusat komando AI kebangsaan dalam pasukan tersebut.

Katanya, ia berupaya berfungsi sebagai pusat operasi yang memulakan risikan jenayah dibantu AI, pemetaan jenayah, pemantauan jenayah siber, dan analisis rangkaian jenayah terancang bagi menawarkan sokongan masa nyata ketika operasi.

P Sundramoorthy

P Sundramoorthy.

Beliau berkata, platform dikuasakan AI boleh mengumpul dan mengaitkan maklumat daripada pelbagai jabatan untuk mengenal pasti corak jenayah, tumpuan geografi, dan kemungkinan hubungan antara kes yang nampak tidak berkaitan.

“Polis sudah pun mempunyai jumlah maklumat yang sangat besar melalui laporan polis, fail siasatan, pangkalan data risikan, sistem CCTV, maklumat trafik, siasatan jenayah kewangan, dan sumber lain.

“Cabaran utamanya adalah menukar jumlah maklumat berkenaan kepada risikan yang disusuli tindakan lanjut. AI boleh membantu melakukan perkara itu dengan tepat.

“Objektifnya adalah untuk menggerakkan kepolisan Malaysia daripada model yang sebahagian besarnya bersifat reaktif kepada kepolisan pencegahan berasaskan bukti dan risikan.”

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Rusdi Isa, berkata rakyat Malaysia mengalami kerugian sekitar RM2.97 bilion akibat penipuan dalam talian, pada 2025.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, kerugian sudah mencapai RM830 juta.

Bulan lalu, Ketua Polis Negara Khalid Ismail mahu pasukan polis memanfaat dan mengguna pakai AI serta digitalisasi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

AI alat, bukan penyelesai segalanya

Sundramoorthy berkata, AI juga boleh mentransformasikan siasatan jenayah menunjuk jumlah data dan bukti yang perlu diteliti penyiasat untuk menumpaskan penjenayah.

“AI membantu menyusun, mengkategorikan, dan mengaitkan maklumat tersebut, justeru membolehkan penyiasat meluangkan lebih masa untuk aspek kepolisan bersifat kemanusiaan: menemu bual saksi, menilai kredibiliti, menentukan niat, mengesahkan bukti, dan membina kes.”

Beliau menekankan AI mesti membantu, bukannya ganti kepada pertimbangan polis.

“Malaysia tidak sepatutnya menunggu sahaja sehingga penjenayah menjadi lebih canggih dari segi teknologi, berbanding institusi yang bertanggungjawab membanteras mereka. Objektifnya, kepolisan berpusatkan manusia yang diperkukuh AI, bukannya kepolisan dikawal mesin.

“Pasukan polis masa hadapan ialah pasukan yang berkeupayaan menukar maklumat kepada risikan, risikan kepada pencegahan, dan pencegahan kepada keselamatan awam.”

Sundramoorthy berkata, pegawai polis perlu dilatih dalam penggunaan AI, manakala pasukan berkenaan wajar membangunkan protokol bagi maklumat janaan AI untuk memastikan ia berfungsi sebagai petunjuk, dan bukannya keterangan secara langsung.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.