RTP DesportoJorge Jesus: Exibição "é mais importante do que tudo o resto"PunchNSCDC arrests telecommunication mast vandal in AnambraCNN Türk2 EKİM OKULLAR TATİL Mİ 2026: Bugün Okullar Var Mı Yok Mu? Okullar Tatil Mi? Gözler Valilik Açıklamasında!ESPN'I'm a Cowboy': Porter hopes to make debut for Dallas on SundayESPN Deportes¿Cómo le ha ido a los técnicos debutantes esta fecha FIFA?Daily MaverickBOOK REVIEW: A Nigerian author’s quantum leap into Igbo cosmology and the nature of realityInquirerDropping witnesses not bluff, but part of case assessment – prosecutionkickerKrimi in Cleveland zum Auftakt, Patriots früh unter Druck, Chiefs fordern Raiders한겨레Lee hails peace as ‘surest form of security’ on Korean PeninsulaZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFHet Laatste NieuwsLIVE. Na bronzen medaille op het WK: snelt Fleur Moors ook naar eremetaal tegen klimgeweld in EK-wegrit?CumhuriyetEkim 2026 emekli promosyonlarında güncel rakamlar belli oldu: İşte bankaların yeni ödeme tablosu
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

UM universiti pertama dapat akses ILMUcode

Translate

Universiti Malaya (UM) menjadi universiti pertama diberi akses kepada ILMUcode, platform pengekodan kecerdasan buatan (AI) generasi baharu dibangunkan YTL AI Labs.

Seramai 800 pelajar tahun pertama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat akan menerima kredit RM100 sebulan selama tiga bulan, membolehkan mereka menggunakan sehingga RM300 untuk meneroka dan membangunkan projek melalui platform itu.

ILMUcode dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, dengan platform itu memberi pengguna akses kepada teknologi pengekodan AI menerusi infrastruktur berdaulat.

Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman, berkata inisiatif itu dapat membantu melengkapkan generasi baharu pembangun teknologi dan memperkukuh bakat AI tempatan.

“Kami berbangga kerana Universiti Malaya merupakan universiti pertama di Malaysia yang memberikan pelajar sains komputer kami akses kepada AI pengekodan termaju generasi baharu menerusi ILMUcode.

“Menerusi ILMUcode, kami dapat melengkapkan generasi pembangun teknologi Malaysia akan datang serta memperkukuh saluran bakat AI tempatan,” katanya dalam kenyataan.

ILMUcode menggabungkan pembantu pengekodan AI berciri agentik dengan ILMU-GLM-5.3 yang dibangunkan dengan kerjasama Z.ai, bagi membantu pengguna menulis dan mengubah suai kod, menyelesaikan masalah serta membangunkan perisian.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun, berkata syarikat itu menggabungkan keupayaan AI tempatan dengan teknologi syarikat antarabangsa termasuk NVIDIA dan Z.ai sambil mengekalkan infrastruktur berdaulat.

“Dengan pelancaran ILMUcode, kami mempersiapkan rakyat Malaysia dengan AI termaju bukan sahaja untuk kegunaan biasa, tetapi juga untuk membina penyelesaian berasaskan AI dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara AI,” katanya.

ILMUcode menjadi sebahagian portfolio AI YTL AI Labs bersama ILMUclaw, yang membolehkan pengguna membina ejen AI autonomi, dan platform AI perbualan ILMUchat.

Platform itu kini boleh digunakan oleh pembangun, pelajar dan mereka yang mahu menceburi bidang pembangunan perisian.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.