ESPN DeportesGilberto Mora ilumina el debut de Rafael Márquez con MéxicoInquirerRiding Pulangi’s wild rapids in Bukidnonוואלהאיראן: "רק פתרון במשא ומתן יכול להביא לסיום המשבר"ESPNProjecting the CFP top 12 after Week 4: Gators claw into contentionPunchAgbara Nla premieres in AbujaComplete SportsAFCON 2027Q: Super Eagles To Hold Closed-Door Training, Depart For Bissau SundayCollider8 ‘Far Side’ Comics That Prove Gary Larson Is a Genius, RankedGMA NewsChina conducts naval, air exercise around Scarborough ShoalStraits Times SportRevitalised Russell says he can fight for victory week-in, week-outABC News (Australia)Firefighters 'shook up' after planned burn destroys fire tankerThe Jerusalem PostUS, EU reject UN declaration promising international collaboration in face of another pandemicBBC NewsControversial Orange Order march to go ahead for first time in nearly 30 years after late night drama
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Pendekatan Umno sering tukar haluan jejas kepercayaan rakan, kata penganalisis

Translate

Penganalisis berpendapat, kesediaan Umno bekerjasama dengan pelbagai kem politik berisiko menghakis kepercayaan rakannya dan menjejaskan kelangsungan pakatan politik pada masa depan.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, pendekatan itu mungkin memberi kelebihan dari segi pilihan raya, tetapi memberi amaran tindakan menukar haluan berulang kali boleh menjejaskan hubungannya dengan rakan.

Beliau berkata, Umno berisiko dilihat tidak boleh dipercayai oleh rakan berpotensi dan sukar diyakini oleh pengundi.

“Kerap menukar haluan boleh menjejaskan kerjasama politik dan mencetuskan ketidakstabilan politik,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Ab Rauf Yusoh, bahawa gabungan itu kekal terbuka berbincang dengan semua pihak menjelang PRN, tetapi tiada pakatan pilihan raya dimuktamadkan setakat ini.

Di peringkat persekutuan, BN kekal sebahagian daripada kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), dengan Pengerusi BN, Zahid Hamidi, pada Julai lalu menegaskan gabungan itu berhasrat terus kekal di Putrajaya sehingga tamat penggal Parlimen.

Namun, BN menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, apabila dua gabungan itu memenangi 25 daripada 36 kerusi dipertandingkan. BN menang 18 kerusi, manakala PN menang tujuh kerusi, termasuk tiga kerusi yang dimenangi Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin.

Pun begitu, Hamzah tidak dipelawa menghadiri Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, walaupun beberapa pemimpin kanan PAS hadir sebagai tetamu. Keadaan itu mendorong penganalisis meramalkan Umno sedang meneroka kerjasama secara langsung dengan PAS yang berpotensi meminggirkan Wawasan.

Mazlan berkata, pengaturan sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan PH serta akar umbinya, sekali gus mencetuskan desakan supaya BN menarik diri daripada pentadbiran kerajaan.

Beliau menjangkakan Umno dan BN terus bekerjasama dengan pelbagai parti dalam usaha membina semula kekuatan mereka serta mendapat kembali pengaruh dan kuasa politik.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ketidaktentuan kerjasama politik tidak patut dikaitkan dengan Umno semata-mata kerana PAS juga masih mengekalkan pilihan terbuka.

Menurutnya, dua parti itu enggan membuat komitment tegas menunjukkan tahap kepercayaan terhadap antara mereka.

“Semuanya tentang kelangsungan politik,” katanya sambil menambah Umno lebih gemar bergerak tanpa rakan sekutu kerana pakatan pilihan raya cara untuk meraih sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Beliau memberi amaran menyertai sesebuah gabungan tidak menjamin Umno terus komited jika merasakan kedudukannya terancam kemudian atau peluang lebih baik muncul.

“Jadi, saya tidak lihat mana-mana ‘pakatan’ ini lebih daripada strategi pilihan raya untuk membentuk kerajaan. Tetapi, keadaan boleh berubah pada bila-bila masa, seperti sebelum ini.”

Beliau berkata, tiada asas ideologi dikongsi bersama turut menyukarkan kerjasama berkekalan.

Walaupun BN dan PN berpotensi menemui asas kerjasama lebih kukuh menerusi gagasan penyatuan ummah, jelasnya, saingan dari segi cita-cita kepimpinan boleh menjadi penghalang kerjasama berpanjangan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.