ESPNFollow live: Garrett Mitchell smashes home run to give Brewers lead over DodgersThe Jerusalem PostMladenov receives COGAT letter, says suspension of private sector goods into Gaza is 'unacceptable'ESPN DeportesBroncos se separa en el marcador en casa vs. SeahawksCNN TürkHazine ve Maliye Bakan Yardımcılığına Bekir Bayrakdar atandıInquirer93.6% pass October 2026 Physicians Licensure Examination한겨레김지용 초대 중수청장 첫 출근, 업무 개시…취임식은 다음주 열기로ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSDP EspectáculosLa cuarta película de La Momia ya tiene un título oficial revelado por UniversalUOLEsquerda desperta para reverter desvantagem de Lula no segundo turnoWirtualna PolskaPrezydent nazwał go trollem. Giertych ostro odpowiada NawrockiemuSouth China Morning PostSouth Korea-US alliance losing ‘trust’ amid widening cracks in tiesDeadlineNetflix’s New Content Chief Peter Rice Will Continue As EP Of LA28 Opening & Closing Ceremonies
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Guru tuisyen ditahan amang seksual, seks luar tabii 5 pelajar

Translate

Seorang guru tuisyen ditahan bagi membantu siasatan polis selepas disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata kejadian itu dipercayai berlaku di rumah suspek yang dijadikan sebagai pusat tuisyen.

Katanya, suspek ditangkap selepas polis menerima lima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Bukit Jalil.

“Laporan pertama dibuat pada 6 Okt, diikuti laporan kedua pada 10 Okt, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober.

“Susulan itu polis menjalankan siasatan lanjut dan mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga dan mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua pihak iaitu ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan kes itu.

“Suspek ditangkap dan berada dalam tahanan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan 14(a) Akta 792.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.