ESPN'We're a really hard team to beat': Brewers prove their way can take down anyone -- even the DodgersThe Jerusalem PostNetanyahu must agree to debate Eisenkot as it's only way for voters to get answers - editorialInquirerNBI probes links of businessman Jaime T. Cruz to Duterte familyESPN DeportesAsí vivimos Guardians vs. Rays, J2 Serie de Campeonato한겨레[속보] 외교·통일·국방·금융위 등 44개 정부기관, 2031년까지 세종 간다Bollywood HungamaSCOOP: Playback sensation Heer of Batwara 1947 and Peddi fame to make acting debut in Imtiaz Ali and Mahaveer Jain’s Side HeroesCNN TürkSON DAKİKA! Etimesgut Belediyesi'ne 2. operasyonDeadline‘World’s Most Evil Prisoners’ Becomes Radial Original For Season 4ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCapital FMUN adopts pandemic declaration as US, Israel and Argentina vote againstHet Laatste NieuwsPolitieagent overleden bij incident in Jette, ook dode bij schietpartij in ElsenePinkvillaBreaking Bad Actor RJ Mitte Passes Away at 34 in Brownsville, Texas
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Guru langgar 2 pelajar didakwa sebabkan kematian, kecederaan

Translate

Seorang guru yang melanggar dua pelajarnya didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua pertuduhan cuai hingga menyebabkan kematian dan kecederaan di sebuah sekolah menengah di Tanjong Mas, April lalu.

Sakinah Ismail, 57, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah, lapor Berita Harian.

Mengikut tuduhan pertama, Sakinah didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan Tingkatan 1 di kawasan surau SMK Tanjong Mas pada 1.40 tengah hari, 12 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sakinah juga didakwa cuai dengan melanggar pelajar seorang perempuan Tingkatan 1 menggunakan kereta Honda HRV sehingga membahayakan nyawa pada masa dan lokasi sama.

Guru itu didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadzir Abdullah dan tertuduh diwakili peguam, Hasif Hasan dan Wan Fadhil Fayyadh Wan Mohd Zuhairi.

Nadzir menawarkan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Hasif memohon jaminan paling minimum ditawarkan kerana anak guamnya yang juga seorang ustazah berdisiplin dan memberi kerjasama baik, selain bakal bersara pada 16 Nov ini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan dan menetapkan 6 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 12 April itu, seorang pelajar Tingkatan 1 maut, manakala seorang lagi parah selepas dilanggar kenderaan yang dipandu seorang guru wanita di hadapan surau di sekolah mereka.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.