InquirerNo flowers, no visitors: The forgotten graves of UndasThe Jerusalem PostNetanyahu survives the election, but Eisenkot holds key to replacing him - analysisPunchHow Hamzat stepped aside for me in 2018 — Sanwo-OluCNN TürkBeşiktaş, Virtus Bologna deplasmanında kazandıInquirer EntertainmentMargaret Qualley, Jack Antonoff file for divorce after 3 years of marriageBollywood HungamaFilmmaker Sanjay Gupta passes away; director leaves behind a distinctive crime cinema legacyZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLTiroteio em loja de Halloween deixa um morto e seis feridos na CalifórniaSouth China Morning PostBoth Japan and China can help Bangladesh reach its full potentialRapplerThe races that will decide control of the US SenateSözcüEverest'te facia: Otel alev alev yandıIl Fatto Quotidiano“Ha ucciso tre parenti servendo loro un filetto con funghi velenosi. Crimini atroci, commessi con una freddezza straordinaria”: Erin Patterson condannata a trascorrere tutta la vita in carcere
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

AGC sedang teliti kaedah pilih calon pendakwa raya

Translate

Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti kaedah pemilihan calon pendakwa raya susulan pengasingan kuasa itu daripada peguam negara.

Peguam Negara Dusuki Mokhtar, berkata ia berikutan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengasingan kuasa berkenaan sudah dibentangkan.

“RUU berkaitan cadangan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya sudah dibentangkan dan melalui proses sewajarnya termasuk di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Jika isu tentang calon, kita sedang meneliti satu peruntukan berkaitan dengan calon itu. Bagaimana kaedah-kaedah calon itu dipilih,” katanya menurut Berita Harian, di Kota Bharu.

Dilaporkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) akan bermesyuarat semula selepas menerima pandangan AGC berhubung cadangan pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara.

Pada 3 Mac lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026, yang bertujuan mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, dirujuk kepada PSSC.

Di bawah kerangka dicadangkan, pendakwa raya akan menyelia semua pendakwaan jenayah, manakala peguam negara berperanan sebagai penasihat undang-undang kerajaan bagi perkara selain undang-undang jenayah.

Pendakwa raya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda atas nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.