ESPN DeportesYankees con Mcmahon y Rice imponentes, toman ventaja en la serie ante RaysThe Jerusalem PostEight sailors assigned to USS Lincoln attempted suicide, Navy Secretary tells Congress한겨레사격 소승섭, 유도 김혜미…30~40대에 AG 첫 출전 ‘금’보다 값진 도전UOLAlagoas tem disputa de cardeais do antigo e do novo centrão em embate de Lira e Renan CalheirosHong Kong Free PressHong Kong slams EU report claiming ‘deterioration of fundamental freedoms’ in the city中国新闻网(长征胜利90周年)百件作品绘长征 广西美术作品联展回望革命历史PunchSenator facilitates market to boost commerce in Edo communityLenta.ruВ США заявили о готовности расширить торговое соглашение с КитаемMalay MailWoman found dead in Kuala Kangsar home, police arrest two suspects believed to be relativesLa NaciónFuror por Lizzie Borden: las principales diferencias entre la historia real y la serie Monster de NetflixGlobal NewsFrom meat to the saddle: B.C. rancher trains yaks to carry ridersEl ComercioDólar BCV HOY, miércoles 23 de setiembre: Tipo de cambio y tasa oficial en Venezuela
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Isu status jejas keyakinan terhadap PN di sebalik rundingan kerusi, kerjasama

Translate

Pertikaian mengenai status Perikatan Nasional boleh menjejaskan keyakinan semua pihak berkepentingan terhadap gabungan itu menjelang PRN Melaka.

Penganalisis berkata status PN menjadi persoalan ketika gabungan itu perlu menjaga kepentingan semua parti komponen dalam rundingan kerusi dan kerjasama politik.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata walaupun notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak bermaksud PN telah terbatal, “kadangkala persoalan tentang kewujudan sebuah gabungan sudah cukup untuk menggoncang keyakinan terhadap kekuatannya.”

“PN sepatutnya masuk gelanggang dengan satu struktur tetapi hari ini, struktur itu sedang dipersoalkan,” kata penganalisis dari dari Global Asia Consulting ini.

Zaharuddin meramalkan bahawa tanpa PN setiap parti perlu kembali berunding atas nama dan kekuatan masing-masing.

“Kerusi yang dahulu boleh diselesaikan di meja gabungan boleh berubah menjadi pertandingan sesama sendiri,” katanya.

Satu lagi kemungkinan, jika status PN berakhir atau tidak dapat berfungsi seperti biasa, PAS dan Umno boleh bergerak melalui formula dua hala tanpa PN menjadi payung utama.

“Tetapi siapa pula yang akan menjaga kepentingan Wawasan yang wujud atas dokongan PAS?” soal Zaharuddin.

Satus PN sebagai gabungan politik menjadi persoalan susulan dakwaan pendaftarannya dibatalkan JPPM.

Semalam, Sinar Harian melaporkan satu notis viral bertarikh 22 Sept lalu didakwa daripada JPPM, dikatakan memberi tempoh 30 hari kepada Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk mengemukakan representasi kepada JPPM.

Notis itu turut mendakwa satu perintah bertulis telah dikeluarkan bagi menggantung semua aktiviti di bawah nama PN.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata Bersatu terima salinan surat JPPM kepada PN petang tadi.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata parti-parti komponen PN akan kehilangan tempo sekiranya pendaftaran PN dibatalkan.

“Ini kerana jenama ‘Perikatan Nasional’ satu jenama yang kuat sebenarnya terutama di negeri-negeri di luar SG4 (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu),” katanya kepada FMT.

Beliau meramalkan bahawa parti-parti komponen akan berdepan masalah lambang pilihan raya tanpa PN.

“Di luar daripada SG4, penggunaan lambang PAS didapati kurang dapat menarik perhatian terutama kaum bukan Melayu.

“Gerakan nanti nak bertanding menggunakan jenama apa? Nak guna lambang bulan ke?” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.