וואלהשגריר ארה"ב בדרום אפריקה: הגבלות הוויזה הן רק צעד ראשוןPunchFour killed in Lagos-Ibadan Expressway crashBollywood HungamaSHOCKING: Gurugram youth takes inspiration from Vikrant Massey’s Pritam And Pedro character to allegedly con student of Rs. 24.60 lakhsThe Jerusalem PostCar crashes into residential building in Hadera, driver lightly injured, ramming attempt ruled outInquirer‘Thinking Pinoy’ blogger named assistant secretary at Office of CabSecUOLJustiça condena rede de supermercados em Manaus por aplicar escala 9x1 e servir comida estragadaCNN TürkİŞKUR GENÇLİK PROGRAMI BAŞVURU 2026 | İŞKUR Gençlik Programı başvuruları başladı mı, ne zaman başlayacak?Sky TG24Resident Evil, 15 cose da sapere sul nuovo film. FOTORTL BoulevardViola Davis krijgt prijs bij San Diego Film FestivalIl Fatto Quotidiano“Quando sono rimasta incinta i media si concentravano sulla mia età anagrafica ma io mi sentivo 27 anni. Non ci credevano, peggio per loro. In pensione? E chi me la da? Finché c’è l’ispirazione…”: parla Gianna NanniniDeadlineDisney Seeking Next Big K-Pop Hit After Striking Ten-Project Deal With KakaoMintTukaram Mundhe's latest action plan on medical devices: MRP vs procurement prices revealed
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Peguam veteran VL Kandan meninggal dunia pada usia 89 tahun

Translate

Peguam veteran VL Kandan, yang pernah menjadi Adun Sungai Way selama dua penggal dan anggota Exco Selangor, meninggal dunia semalam pada usia 89 tahun.

Peguam Karen Abraham dari Shearn Delamore & Co mengesahkan perkara itu ketika dihubungi FMT.

Menurut notis kematian, upacara sembahyang akan bermula 11 pagi esok manakala upacara pembakaran mayat akan berlangsung pada 2 petang di Krematorium Kampung Tunku, Seksyen 51 di sini.

Kandan yang dilahirkan di Klang ialah adik kepada mendiang V Manickavasagam, bekas presiden MIC yang juga menteri buruh dari 1974 hingga 1979.

Mengikuti jejak abangnya dalam politik dan perkhidmatan awam, Kandan menjadi Adun Sungai Way selama dua penggal dari 1974 hingga 1982.

Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang, beliau bekerja sebagai guru selama kira-kira lima tahun.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Britain dan diterima masuk ke Badan Peguam England sebelum kembali ke Malaysia.

Kandan diterima sebagai ahli Badan Peguam Malaysia pada 1965.

Beliay kemudiannya membina kerjaya cemerlang bersama Shearn Delamore & Co dan dikenali khususnya menerusi kepakarannya dalam undang-undang harta intelek.

Beliau antara pengamal terawal dalam bidang itu dan memainkan peranan dalam perkembangan amalan harta intelek di Malaysia serta rantau ini.

Kandan menjadi presiden pertama Persatuan Harta Intelek Asean dan turut terlibat rapat dengan Persatuan Harta Intelek Malaysia.

Beliau juga menulis Background Reading Material on the Intellectual Property System of Malaysia yang diterbitkan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), selain pernah menganggotai lembaga Perbadanan Harta Intelek Malaysia, yang kini dikenali sebagai MyIPO.

Beliau turut mewakili Malaysia dalam pelbagai forum dan persidangan antarabangsa berkaitan harta intelek.

Amalan guaman Kandan bagaimanapun tidak terhad kepada bidang harta intelek.

Shearn Delamore & Co menyifatkan Kandan dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Mahadev Shankar sebagai antara pengamal terawal firma itu di Mahkamah Perusahaan.

Justeru, Kandan turut dikaitkan dengan perkembangan undang-undang pekerjaan dan perhubungan perusahaan di Malaysia.

Beliau juga berkhidmat dalam beberapa kapasiti bagi profesion guaman, termasuk sebagai anggota Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara.

Kandan turut aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dengan terlibat dengan Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik, serta pernah memegang jawatan kanan dalam pertubuhan itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.