InquirerMayon evacuees reel from water shortage in Tabaco CityDaily MaverickINSOLVENCY & LIQUIDATION : Business rescue — lifeline or delay tactic for struggling companies?PunchN10bn intervention not for Ebola alone, says NCDC bossRolling StoneThe Chicks Postpone Los Angeles Concert Hours Before Showtime Due to Illnessالشرقصواريخ الحوثيين تستهدف 5 محافظات يمنيةSözcüİstanbul'da sağanak kabusu: Yol çöktü, taksi içine düştü!Hong Kong Free PressYuen Long district councillor jailed for 2.5 years over unlawful sexual intercourse with 13-year-old girlSeeking AlphaPIMCO California Municipal Income Fund declares $0.036 dividendThe Jerusalem PostIsrael to file UEFA complaint against Ireland over coach's 'genocide' remarksZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFOnetOstra reakcja szefa związkowców na doniesienia w sprawie policjantówThe Sydney Morning HeraldRBA lifts interest rates for fifth time this year
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Kerajaan digesa iktiraf ‘Dayak’ sebagai klasifikasi kaum rasmi

Translate

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menggesa kerajaan mengiktiraf “Dayak” sebagai kategori etnik rasmi, bukannya diletakkan bawah kategori “Lain-lain” dalam borang dan sistem kerajaan.

Setiausaha Agung PBDS, Sanjan Daik, berkata pemimpin parti, termasuk Presidennya, John Brian Anthony telah mengemukakan rayuan itu dalam pertemuan dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Pertemuan di ibu pejabat PBDS itu membabitkan Ahmad Nazib Johari, setiausaha politik kepada perdana menteri yang juga bekas pengerusi PKR Sarawak.

“Pengiktirafan identiti Dayak tidak patut terus menjadi isu dibincangkan berulang kali dari semasa ke semasa tanpa sebarang penyelesaian muktamad,” kata Sanjan menurut Borneo Post.

Bekas ahli DAP itu berkata, pada 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Joseph Entulu Belaun, mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju memasukkan “Dayak” dalam borang rasmi kerajaan.

Tetapi, katanya, pelaksanaan itu terhad kepada borang rasmi yang tidak memerlukan pindaan undang-undang sedia ada.

Jelasnya, sesetengah borang membiarkan ruangan kaum kosong, membolehkan pemohon mengisi sendiri etnik mereka, manakala borang lain pula menyediakan pilihan tertentu.

“Pengiktirafan identiti Dayak bukan sekadar menukar klasifikasi dalam borang kerajaan kerana ia juga soal pengiktirafan sejarah, status sebagai pribumi serta maruah komuniti itu.

“PBDS merayu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjadikan perkara ini keutamaan kerajaan serta memastikan prinsip kesaksamaan, keterangkuman dan penghormatan terhadap kepelbagaian yang menjadi teras pentadbiran Madani diterjemahkan kepada tindakan,” kata Sanjan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.