PunchUS man freed after 41 years on death row as DNA clears himCNN TürkYeni yasama yılı yarın başlıyorBollywood HungamaVimal Elaichi row: FDA commissioner says Shah Rukh Khan, Ajay Devgn, and Tiger Shroff have responded to notice; two hearings heldDaily MaverickCHANGE MAKER: Health and hope thrive in a hydroponic garden on a rooftop in HillbrowESPN DeportesRevive las emociones del día 1 de la Ronda de Comodines en MLBThe Jerusalem PostMan arrested in connection with suspected RAF terror plot called police on self - report한겨레스포츠클라이밍 서채현 결승행…볼더링 준결승 ‘만점’SözcüBu gece benzine 12 lira zam mı gelecek? İşte güncel akaryakıt fiyatlarıהידעןלמה שיעור התמותה בקרב מעשנים עלה? המחקר מצביע על שינוי בגיל המעשניםVarietyKaran Johar to End ‘Koffee With Karan’ After 22 Years With Final Season on JioHotstar: ‘The Decision Is Emotional and Personal’ (EXCLUSIVE)Antara NewsMinister Thohir urges bigger push to tap sport tourism potentialCumhuriyetMaccabi Tel Aviv - Beşiktaş maçı ne zaman, saat kaçta, hangi kanalda? Şifresiz mi?
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Remaja autistik didakwa bunuh ibu diarah jalani rawatan psikiatri

Translate

Seorang remaja autistik berusia 15 tahun diarahkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar untuk menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan selepas didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat ibunya, minggu lalu.

Perintah itu dibuat Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin terhadap remaja lelaki itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas dia dilihat tidak memahami pertuduhan dibacakan mahkamah.

Pengakuan tertuduh tidak direkodkan, menurut Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ibunya, Nor Ainon Omar, 49, di sebuah rumah di Kampung Cheh, Kati, di sini jam 2.10 petang 23 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai hingga 30 tahun dan boleh juga didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Mirza Zulaikha Mohd Fadzly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Mirza tidak menawarkan jaminan selain meminta kepada mahkamah tarikh sebutan baharu dalam tempoh sebulan iaitu selepas laporan psikiatri tertuduh diperoleh memandangkan tertuduh turut mempunyai rekod psikiatri.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.