PunchArgentina lose 2-1 to Uruguay in first post-Messi matchThe Jerusalem PostHaniyeh's ex-bodyguard convicted of knife attack in UK, wanted in Germany over Hamas terror plotSky TG24Silvia Vigo: "Chi perde un figlio rimane da solo, ora aiuto altri genitori"Daily MaverickUS to resume flights after air traffic network failure sparks chaosZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardSouth Africa releases Fani-Kayode’s speech after protestRapplerPhilippines, Canada wrap up talks for free trade dealThe Sydney Morning HeraldMan shot dead, woman and child evacuated in Keysbrook police incidentCNN بالعربيةناقلة ضخمة تصدم سفينة سياحية وتُميلها على جانبها.. أكثر من 130 شخصاً كانوا على متنهاIl Fatto QuotidianoNoi e l’Orologio dell’Apocalisse sempre più vicino alla mezzanotteLenta.ruНа Украине связали очередное замедление Starlink с неудачной шуткой Зеленского над ТрампомSözcüİstanbul'u lodos vurdu: Dev dalgalar oluştu, ağaç devrildi
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Pengundi muda mengundi julung kali meski pergerakan terbatas akibat strok

Translate

Seorang pengundi muda membuktikan pergerakan terbatas akibat strok bukan penghalang untuk menunaikan tanggungjawabnya di peti undi buat julung kali.

Samsinar Abdullah, 21, berkata keinginan merasai pengalaman mengundi tidak pernah luntur, malah beliau teruja melihat bendera pelbagai parti menghiasi kawasan sekitar.

“Saya memang bersemangat nak keluar mengundi walaupun saya sakit. Ini pertama kali saya mengundi,” katanya selepas mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram yang ditemani bapanya, Abdullah Abd Rahman, 71, abang serta kakak iparnya.

Samsinar meminta rakyat yang belum keluar mengundi supaya tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mereka.

Abdullah berkata, kehidupan anak bongsunya berubah selepas diserang strok pada 11 Julai 2025 ketika dalam perjalanan pulang dari rumah kakaknya di Alor Gajah.

Jelasnya, Samsinar yang sedang memandu tiba-tiba mengalami sakit dada sebelum menghubungi kakaknya untuk mendapatkan bantuan.

“Saya datang untuk ambil dia, tetapi ketika sampai dia sudah pengsan. Saya terus bawa dia ke Klinik Masjid Tanah sebelum ke Hospital Alor Gajah,” katanya sambil menambah anaknya mengalami kesukaran bernafas sehingga memerlukan bantuan tiub oksigen sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, hasil imbasan mendapati berlaku pendarahan di otak dan anaknya menjalani pembedahan keesokannya sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh di Selangor untuk satu lagi pembedahan pada 16 Julai 2025.

Beliau berkata, Samsinar menerima rawatan di hospital hampir lebih dua bulan sebelum meneruskan proses pemulihan serta rawatan susulan di Hospital Melaka dan Hospital Alor Gajah setiap bulan.

Katanya, Samsinar yang menuntut di Kolej Universiti IJN terpaksa menghentikan pengajian disebabkan keadaan kesihatannya.

Abdullah berkata, bantuan kewangan yang disalurkan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedikit sebanyak dapat membantu, tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan, pengangkutan serta keperluan harian, termasuk lampin pakai buang Samsinar.

“Harapan saya memang tinggi, kalau boleh bantuan dari segi kewangan dapat ditingkatkan lagi untuk keluarga mempunyai pesakit strok bagi meringankan beban mereka.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.