CNN TürkBilecik’te korkutan anlar! Ticari araç alev alev yandıESPN Deportes¿Cómo le fue a Checo en la qualy del GP de Bahréin en Malasia?PunchOtti constitutes Abia LP 2027 campaign councilInquirer18-year-old allegedly yields P4.9M worth of marijuana in PangasinanESPNRanking the top 10 Premier League summer transfers so far: No. 1 may surprise youThe Jerusalem Post'Attempted terror attack': UAE prosecution reveals first details of flydubai investigationUOLSignos: confira seu horóscopo deste sábado (03)ColliderRidley Scott's Epic War Thriller Is Officially Free to StreamThe South AfricanTwin boys, 14, stabbed to death inside Mamelodi West homeSky TG24Perché c'è un'ascia di emergenza a bordo degli aerei di linea e quando si usaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارأنور قرقاش: العملية الإرهابية الأخيرة إنذار جديد بأن المواجهة لم تنتهِ
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Rapid KL tambah baik perkhidmatan bas perantara F1

Translate

Rapid KL meningkatkan penyelarasan perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) susulan maklum balas penumpang berhubung perjalanan ke lokasi berkenaan, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, pengendali pengangkutan awam itu memaklumkan perkhidmatan bas perantara dilaksanakan seperti yang dirancang, selaras dengan aturan operasi yang dipersetujui bersama dengan pihak penganjur.

“Susulan maklum balas yang diterima, Rapid KL bersama-sama pihak SIC serta agensi berkaitan telah membuat penambahbaikan terhadap aturan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.

“Penambahbaikan ini dilaksanakan bermula hari ini bagi memastikan pergerakan penumpang lebih lancar dan teratur,” menurut Rapid KL.

Kenyataan itu memaklumkan setakat 11 pagi tadi, aliran trafik dan pergerakan penumpang berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

“Rapid KL akan terus memantau situasi bersama dengan pihak SIC dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang serta pengalaman Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain yang lebih baik kepada semua,” menurut kenyataan itu.

Menurut Rapid KL, operasi bas perantara syarikat pengendali bas berkenaan meliputi pengendalian dan pergerakan bas serta penumpang mengikut aturan ditetapkan, manakala penyelarasan trafik keseluruhan ke dan dari SIC serta pengurusan aliran kenderaan di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang diselaraskan bersama-sama pihak penganjur dan agensi berkaitan.

Rapid KL turut memberikan jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak bagi memastikan penyelarasan operasi dan pergerakan penumpang berjalan dengan lancar sepanjang acara berlangsung.

“Rapid KL menghargai kesabaran, kerjasama serta maklum balas penumpang dalam membantu kami menambah baik pengalaman perjalanan sepanjang acara berlangsung,” menurut kenyataan itu.

Perlumbaan F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 berlangsung di SIC bermula semalam hingga esok, sekali gus menjadikan litar ikonik itu sebagai lokasi sementara bagi perlumbaan berprestij Bahrain.

Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah perlumbaan itu susulan persetujuan antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.