Punch2027: Tinubu can’t save Alli, Yayi, Hamzat – OppositionDaily MaverickPop star Miley Cyrus weds drummer Maxx Morando in CaliforniaInquirerClosure, full justice still elusive 17 years after Maguindanao massacreThe Jerusalem PostAlice Huang in touch with Chinese spy agency during affair with Nvidia CEO - report한겨레반도체 흑자가 네덜란드병 초래?…환율이 다른 수출산업 가격경쟁력 떨어트려Inquirer EntertainmentBea Millan-Windorski seals Miss Universe frontrunner status with prelims performanceZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioKhaosod EnglishBangkok, six central provinces warned of flooding as high tides approachDaily MailBritney Spears unleashes on her exes as she claims they all urged her to 'get surgery' and 'hair implants' to fix her 'big' foreheadThe Straits TimesSingapore, China reach 29 deals at top bilateral forum경향신문밀양·창녕 5곳, 문체부 ‘열린관광지’ 선정···경남 35곳으로 확대Lenta.ru22-летний россиянин потерял свободу на 13 лет из-за предложения в интернете
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Kumpulan pro-DAP akan pupus jika gagal pikat Melayu, kata Hadi

Translate

Presiden PAS Hadi Awang mendakwa kumpulan yang menjadi jurucakap dan pembela DAP akan dipinggirkan parti itu dan akhirnya ‘pupus’ sekiranya gagal menarik sokongan pengundi Melayu Islam.

Hadi berkata ada pihak menggunakan pendekatan agama termasuk jenama Islam progresif, pluralisme dan Madani yang didakwanya bertujuan membantu DAP meraih undi tambahan dalam pilihan raya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan yang didakwanya sanggup menjadi suara sama dengan DAP bagi menarik sokongan pengundi Melayu Islam, sekali gus membantu parti itu menambah kerusi di Parlimen dan DUN.

“Percayalah kumpulan ini akan pupus apabila dipinggirkan oleh DAP apabila gagal menggoda Melayu Islam,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden PAS bertajuk ‘Beristiqamah bersama hukum tertinggi dalam Islam’.

Hadi turut membandingkan kumpulan berkenaan dengan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang dianggotai penyokong bukan Islam parti itu.

“Kalau PAS ada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam, maka diadakan Himpunan Melayu Islam penyokong DAP yang bertindak menjadi jurubicara dan pembela kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan secara khusus parti atau kumpulan Melayu Islam yang dimaksudkannya.

Dalam tulisan sama, Hadi mengulangi pendirian PAS menolak sebarang kerjasama dengan pihak secara terbuka memusuhi Islam, namun tidak menolak kerjasama dengan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak memusuhi agama itu serta umatnya.

Beliau berkata, PAS diwajibkan bekerjasama dengan kumpulan Islam, manakala kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan selagi tidak melanggar prinsip dan batas yang ditetapkan agama.

“Maka, PAS menolak sebarang kerjasama dengan pihak yang terbuka bermusuh terhadap Islam,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.