InquirerP500 hike in gov’t workers’ allowance ‘an insult’ESPNDart to have surgery, miss regular season; Harbaugh won't rule out playoffsPunchStocks hit record high as market cap reaches N163tnThe Jerusalem PostUkrainian foreign minister says he discussed keeping tension low with Iranian counterpartESPN DeportesOhtani conecta un hit en su regreso tras lesiónBollywood HungamaShah Rukh Khan leads India’s richest actors with Rs 10,000 crores net worth; despite Rs 2,490 crores drop in estimated wealthSözcüFon skandalında düğüm noktası... Fon parasına gerçekte kim yön verdi?Variety‘No One Achieves Anything Alone’: Inside Variety’s Power of Women Event With Jennifer Hudson, Sharon Stone, Pearlena Igbokwe and Melissa McCarthyThe Sydney Morning HeraldLachie Neale tribunal appeal LIVE: New twist as Lions star attempts to overturn grand final suspensionMintIs Trump’s 100% tariff threat on India ‘leverage to push through a trade deal’? Expert weighs inSportstarIndia A vs Australia A, 1st unofficial Test Day 3 LIVE score: IND-A enters day with lead of 163 runs; play begins at 9:30AM ISTLenta.ruВ КНДР отвергли отказ от ядерного оружия
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

BJAK: Special Perils bantu lindungi kereta daripada banjir

Translate

Special Perils, perlindungan tambahan insurans kereta bagi kerosakan akibat banjir dan bencana alam tertentu, semakin relevan menjelang musim tengkujuh.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), banjir menyumbang 85% daripada bencana alam yang direkodkan di Malaysia sejak 2000.

Walaupun mempunyai insurans kereta komprehensif, pemilik kenderaan tidak semestinya dilindungi daripada kerosakan akibat banjir.

Special Perils boleh merangkumi risiko seperti banjir, ribut dan tanah runtuh, tertakluk kepada terma polisi. Pemilik kenderaan boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Special Perils dan insurans kereta banjir melalui panduan BJAK.

Data BJAK menunjukkan pengambilan Special Perils dalam kalangan pelanggannya meningkat daripada 1% pada 2023 kepada 15% pada 2026, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap perlindungan banjir.

Perlindungan ini semakin relevan menjelang Monsun Timur Laut, ketika kawasan tertentu di Malaysia berdepan risiko banjir lebih tinggi.

BNM turut menyatakan banjir kilat semakin kerap berlaku di bandar seperti Kuala Lumpur, Kuching dan Pulau Pinang.

Tanpa Special Perils, pemilik kenderaan mungkin perlu menanggung sendiri kos pembaikan akibat banjir. Justeru, penting untuk menyemak perlindungan sebelum kejadian berlaku, dan bukan hanya apabila kereta sudah terjejas.

Melalui BJAK, pemilik kenderaan bukan sahaja boleh membandingkan pilihan insurans kereta dan takaful daripada sehingga 16 penyedia, malah mendapatkan panduan daripada pasukan khidmat pelanggan serta bantuan sepanjang proses tuntutan sekiranya kereta terjejas akibat banjir.

Kelulusan tuntutan tertakluk kepada terma polisi dan keputusan syarikat insurans atau pengendali takaful.

Pemilik kenderaan disaran menyemak jadual polisi bagi memastikan perlindungan banjir telah disertakan.

Mereka yang sudah memperbaharui insurans juga boleh menyemak sama ada Special Perils masih boleh ditambah kepada polisi sedia ada, tertakluk kepada terma dan kelayakan syarikat insurans.

Jika kereta ditenggelami banjir, pemilik kenderaan disaran tidak menghidupkan enjin, mengambil gambar kerosakan jika keadaan selamat dan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful sebelum mengatur pembaikan.

Menjelang musim tengkujuh, menyemak perlindungan banjir lebih awal boleh membantu pemilik kenderaan mengurangkan risiko menanggung kos pembaikan yang tidak dijangka.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.