Daily MaverickTHE INTERVIEW: Filled — Tshiamo Moretlwe’s one-woman play asks what happens after gender-based violencePunchLagos festival turns bloody as cultists kill twoThe Jerusalem PostKremlin dismisses comparisons between trilateral meeting and Yalta conferenceInquirerProbe arrests in Asean rally, bishop urges CHR한겨레“아기처럼 꾸미지 않은 음악할 것”…베이스 거장 송홍섭이 일흔 넘어 밴드 꾸린 이유Inquirer EntertainmentSB19 to perform ‘Together in Motion’ at 2026 Asean Summit closing ceremonyCNN TürkÖZET | Almanya, Hollanda'yı dağıttıThe Straits TimesS’pore rethinking how vulnerable families get help, with agencies to work more closely togetherالنهارالثلاجات الذكية... هل تستحق مزاياها مخاطر الاختراق؟ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits Times11 men arrested after Sandakan market clashLenta.ruЭкс-премьер Украины рассказал о хозяевах Зеленского
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Macron terima sambutan negara di Dataran Merdeka

Translate

Presiden Perancis Emmanuel Macron yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam diberi sambutan negara di Dataran Merdeka hari ini.

Ketibaan Macron bersama isterinya, Brigitte Macron pada 9.30 pagi disambut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.

Istiadat sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Perancis dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Muhamad Fauzee Japar.

Macron kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama RAMD diketuai Adibadiuezshah Ahmad.

Menariknya, sambutan negara kali ini berlangsung di lokasi bersejarah Dataran Merdeka, yang sinonim dengan perjuangan kemerdekaan negara dan menjadi antara mercu tanda utama ibu negara, berbeza daripada beberapa istiadat sambutan rasmi pemimpin asing sebelum ini yang diadakan di Putrajaya atau Istana Negara.

Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai presiden Perancis pada Mei 2017.

Kunjungan itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Perancis apabila kedua-dua negara berhasrat meningkatkan hubungan sedia terjalin kepada perkongsian strategik.

Antara bidang kerjasama diberi tumpuan ialah pertahanan dan keselamatan, mineral kritikal, peralihan tenaga, aeronautik dan angkasa lepas, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber serta semikonduktor.

Lawatan itu juga menyusuli momentum lawatan rasmi Anwar ke Perancis pada Julai 2025, iaitu yang pertama oleh ketua kerajaan Malaysia ke negara itu dalam tempoh 15 tahun.

Perancis merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU), dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah €4.7 bilion (kira-kira RM21.23 bilion) pada 2025, meningkat 11% berbanding 2024.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.