ESPN DeportesChivas se acerca al gol, ante un América nerviosoPunchAkpabio, Natasha silent over activist’s fresh allegationESPNDeBoer wants Bama to 'start faster' after latest rally vs. FSUוואלהאד שירן על ישראל ועזה: "מה שקרה ב-7 באוקטובר היה מחריד; המתרחש בעזה קטסטרופלי"النهارترامب يفك الترابط بين حربي أوكرانيا وإيرانThe Jerusalem PostPutin prepares to escalate Ukraine war with draft surge, attacks targeting NATO - reportDaily MailHarry Styles and fiancée Zoe Kravitz passionately kiss and hold hands in NYC as wedding plans are revealedEl Comercio¡Pura alegría! Así festejó Perú su clasificación a los Qualifiers de la Copa Davis | FOTOSOnetPilny powrót Trumpa. Bombowiec B-1B Lancer opuścił bazę. Podsumowanie nocyNew Straits TimesNajib's RM50mil house arrest condition partly beyond his control, say lawyersSportstarShooting LIVE updates from Asian Games 2026: India set to win team medal in 10m air rifle; Sonam Maskar, Elavenil Valarivan enter finalThe Sydney Morning HeraldAlbo wanders into Tim Apple’s place to fix the internet
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Tindakan exco MCA boleh cetus naratif perkauman, kata penganalisis

Translate

Penganalisis berpendapat tindakan seorang wakil MCA menyebarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang mengesahkan dakwaan ‘penyingkiran’ Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar berpotensi menjejaskan kedudukan MCA dalam kalangan pengundi Melayu.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata, tindakan Adun Chennah, Siow Kong Choon menyiarkan pengumuman itu tidak boleh dipandang remeh disebabkan sensitiviti yang menyelubungi isu berkenaan.

Jelasnya, walaupun Siow bertindak atas kapasitinya sebagai exco, kedudukannya sebagai ahli politik bukan Melayu boleh dieksploitasi dengan mudah untuk menyemarakkan naratif campur tangan bukan Melayu dalam hal berkaitan institusi diraja Melayu.

“Saya tidak kata naratif itu benar, tetapi Barisan Nasional (BN) perlu memahami bagaimana politik persepsi berfungsi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kontroversi itu boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang Melayu, sekali gus mewujudkan persepsi mereka perlu berwaspada terhadap bukan Melayu dalam arena politik.

Beliau memberi amaran tindakan seorang ahli politik akhirnya boleh dikaitkan kepada parti, gabungan dan masyarakat bukan Melayu, sehingga mengheret semuanya ke dalam kontroversi itu.

“Satu ‘share’ mungkin hanya mengambil beberapa saat, tetapi sentimen yang dicetuskannya boleh berlarutan bertahun-tahun.

“Dan apabila ketakutan berasaskan kaum dijadikan modal politik, MCA bukan satu-satunya pihak yang akan menanggung akibatnya.”

Kontroversi itu bermula April lalu dengan pengumuman dakwaan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar oleh empat Undang — tiga daripadanya dipertikaikan kesahihan oleh Dewan Keadilan dan Undang (DKU) negeri itu.

Pada 16 Sept lalu, beberapa exco menyokong kenyataan itu dengan mengiktiraf Tengku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah baharu Negeri Sembilan.

Siow Kong Choon.

Siow antara wakil BN yang berkongsi proklamasi itu di media sosial, manakala beberapa tokoh Pakatan Harapan — termasuk bekas menteri besar Aminuddin Harun, Teo Kok Seong dan J Arul Kumar — mencabar pendirian exco terbabit secara terbuka dan menggesa orang ramai terus menyokong Tuanku Muhriz.

DKU menolak pendirian exco keesokannya, walaupun Menteri Besar, Ismail Lasim kemudian mengesahkan keputusan itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat MMKN pada 15 Sept lalu.

Ia disusuli Jabatan Peguam Negara menolak pengumuman exco atas alasan tiada kesan dari segi undang-undang, sekali gus menyebabkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mewartakan proklamasi itu.

Sivamurugan Pandian

Sivamurugan Pandian.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, pembabitan Siow membawa sensitiviti politik, tetapi beliau mengingatkan supaya tidak membuat andaian ia akan menjejaskan MCA secara automatik.

Jelasnya, Siow bertindak atas kapasitinya sebagai exco, walaupun peranannya sebagai pemimpin MCA bermakna tindakannya secara semula jadi boleh ditafsirkan sebagai membawa dimensi parti.

Katanya, sesetengah pengundi mungkin melihat kontroversi itu sebagai isu sensitif membabitkan institusi diraja dan menjangkakan ahli politik bertindak lebih berhati-hati kerana kegagalan berbuat demikian boleh meningkatkan ketegangan.

Tetapi, beliau berkata, banyak perkara bergantung sama ada pengundi menganggap tindakan Siow sebagai campur tangan politik atau sekadar pelaksanaan peranan institusinya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.